- Back to Home »
- “Alhamdulillah…”
Posted by : alifmimra
Selasa, 5 Jun 2012
Selesanya... |
Oleh: Alifmimra
“Pok, pok, pok!” Bantal yang berhabuk itu kutepuk supaya habuknya
hilang. “Haihh, barulah selesa sedikit nak tidur macam ini! Kalau tidak,
gatal-gatal badanku nanti.” Kataku sambil mengeluh. Tiba-tiba aku termenung
seketika sambil meletakkan tanganku ke atas dahiku yang berkerut ini. Sejenak ku
terbayang wajah-wajah derita saudara-saudara seagamaku di sana. Apakah khabar
mereka? Adakah mereka tidur dalam keadaan selesa sama sepertiku? Ataupun mereka
sekadar tidur-tidur ayam, berjaga-jaga dalam menghadapi musuh? “Oh!”
tersentak aku seketika. Mengapa tidak pernah aku merasa bersyukur dengan apa
yang aku ada di sini? Teringat aku kata-kata seorang ustaz yang memberi ceramah
berkaitan kehidupan rakyat-rakyat Palestin. Tatkala malam, rakyat-rakyat
Palestin di sana hidup dalam keadaan gelap gelita. Tidak ada bekalan eletrik
dan tidur bertemankan pelita atau unggun api. Dengan renungan ini, sudah cukup
untuk menyedarkan aku akan erti mensyukuri nikmat keselesaan. Bukan sahaja
tidur, bahkan makan, mandi, berjalan, belajar, bermain dan segala nikmat
kebebasan yang sedangku kecapi sepanjang kehidupanku di dunia ini. “Alhamdulillah.”
Terucap lafaz keramat itu dibibirku lantasku bangkit sambil menadah kedua-dua
tangan lalu memohon kepadaNya dengan doa ini:
اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من
شرورهم”
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا
منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم
الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهم
وانصرنا عليهم
وانصرنا على القوم الكافيرن
وانصرنا على القوم المشركين
اللَّهُمَّ
انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَان
اللَّهُمَّ
انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين
اللَّهُمَّ
دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ
عَلَيهِم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan kesatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjingMu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka! Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Menangkan kami ke atas kaum kafirin
Menangkan kami ke atas kaum
Musyrikin
Berilah kemenangan kepada Islam dan
Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin.
Ya Tuhan kami, hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin.
Ya Tuhan kami, hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin… Ya Robbal Alamin.”
Selesai sahaja aku berdoa, lantasku menghamparkan
tubuhku sambilku membasahkan bibirku dengan zikrullah. Perlahan-lahan mataku layu
dan sebelum itu aku berharap dengan doaku tadi dimakbulkan olehNya sebagaimana Dia mengkabuli doa orang-orang yang dizalimi. “tuppp!” tertutup segala suis
pancainderaku.