- Back to Home »
- Teruskan Menyatakan HAK Mahasiswa!
Posted by : alifmimra
Isnin, 14 Januari 2013
Mahasiswa
perlu berani menyatakan hak! Itulah yang ditunjukkan salah seorang pelajar UUM,
Saudari Bawani KS apabila lantang serta berani menyatakan kebenaran pada sebuah
forum yang diadakan di UUM baru-baru ini. Tindakan Bawani sedikit sebanyak
memberikan satu ancaman besar kepada pihak yang menafikan hak mahasiswa selama
ini.
Tetapi
sayangnya, ada juga segelintir mahasiswa yang berada di dalam dewan tersebut bersorak
apabila beliau dimalukan oleh Sharifah Zohra Jabeen, Presiden Suara Wanita 1
Malaysia. Tindakan biadap Sharifah yang menghalang Bawani untuk bersuara pada
forum tersebut merupakan satu tindakan yang memalukan diri beliau sendiri.
Yalah! Kebenaran tidak boleh ditutup dengan kebatilan! Akhirnya, beliau pula
yang lantang memberikan forum. Mengalahkan 3 ahli panel yang berada di atas
stage.
Namun
keberanian Bawani memberi kredit kepada kebangkitan mahasiswa. Teruskan
perjuangan mahasiswa! Teruskan Menyatakan HAK Mahasiswa!