Archive for Mei 2012

PENDIDIKAN BERDASARKAN AL-QURAN (PIDATO BAHASA ARAB)



مبادئ التربية في القرأن الكريم
أحيكم تحية جميلة جمال روحكم وحارة حرارة شوقي نحو لديكم جميعا أيها الحبائب العظام والمشايخ الكرام
أخص بتحية الحكماء التى تقوم مقام شأنها حق الأداء ولعل الله جعلكم خير من أحكم بما أنزل الله فهو خير الحاكمين
أحيكم تحية زكية وسلاما عاطرا عليكم أيا رئيس الجلسة ويا أيها الحاضرون الأعزاء.
القرأن الكريم هو الكتاب الذى أنزل لأمة رسول الله محمد صلى الله عليه وسلم، فجعله المسلمون طريقة نمط الحياة البشرية ، ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين و رحمة للعالمين، الكتاب الذى يحتوى على مبادئ أساسية ويحيط الفروع العديدة من الوجوه التى لا تزاح عروتها الوثقى عن الحياة البشرية، نزل القران وظيفيا لحل المسائل الموجودة فى أنحاء العالم، منها المسئلة التى لن تنعزل عن تداول البحوث العامة وهي المسئلة التى تتعلق بالتربية والتعليم، لذلك أيها الحاضرون الأحباء في هذه المناسبة الكريمة لن أقوم بين لديكم جميعا إلا أن ألقي لكم خطابة عربية متعلقة بمبادئ التربية في القرأن.
أيها المستمعون الكرام
قد مر بنا أيام بعد أيام وأعوام بعد أعوام، وفي كل ممر الدهور والتاريخ الإنساني أن ثبت القرأن بأصلته المحفوظة ، وإن اقترن بازدهار العصور الحديثة، ومن وسائل أصلة القرأن أن يشير على اهتمام أهمية التربية، إذن حين يدرس القرأن دراسة عميقة فوجدنا المبادئ الأساسية التربوية. ولابد من أن نجعلها طريقة هنيئة لتطور جودة التربية العلمية والعملية،
أيها الحاضرون المحبوبوون
في يومنا المعاش نجد صيغة التربية المتعددة في العالم ومن أهمها صيغة التربية الإسلامية ، ففي الإسلام أنها ليست إلا أن تؤدى بحد الأوقات المعينة فحسب، بل أنها مؤدة ومقامة طالما الحياة، فاعلموا أيها الحاضرون لن تتقدم البلاد إن كان مواطنها جهلاء سفهاء، ومتى ترعرعت الأمة دون تطور طاقة قوادها وعمودها السافلة؟ كيف يفكر القواد الأمة وليس لهم علوم ومعرفة؟ كلا...
لذلك أيها الحاضرون الأحباء
رفع الله منازل العلم فوق كل شيء، جعل الله إدريس عليه السلام بدروسه نحو العلم فى الجنة نبيا ورسولا، واتخذ الله سليمان ملكا غنيا ورسولا نبيا بماذا أيها الإخوان؟ فطبعا بعلمه ومعرفته، أيد الله بهذا في قوله ".....يرفع الله الذين أمنوا منكم و الذين أوتوا العلم درجات" و اعلموا أيها الحاضرون... أن أظهرت العلوم و المعارف على الخير و السوء، إن لكم فيها نعمة ونقمة، رحمة وفتنة. كم رأينا من جهابذة العلماء العلامة هم يفضلون ويعظمون عقولهم المتناهية ، ويهملون الله تعالى أعلم ما لا يعلمون، ينسون حقيقة الإلهية ويغفلون عن ضعف أنفسهم ويسهون طريق الحق ،يعتقدون عقولهم و كأنها منبع من منابع علومهم مجردة مع أن أفهامنا بائقة لا قيمة لها. فلذلك لابدّ من الوسيلة من أن نجعل رائجة ثمينة و تلك الوسيلة هي القرأن الكريم.
وبهذا حبذ القرأن حق التحبيذ بوجود امتساك التوازن بين التربية الدنياوية والأخروية حيث قال تعالى " ومنهم من يقول ربنا أتنا في الدنيا حسنة و في الأخرة حسنة وقنا عذاب النار، الأية .
لذلك أيها الحاضرون رحمكم الله، اثبتوا على عزومكم حزم القرأن الكريم ودققوا بحوثه عماق الإمكان، فوجدتم منه طول الإطمئنان وتثبيت صحته الحقيقة . لأن في دستور المسلمين الذي هو القرأن الكريم علوم سرية ورفاهية مكتومة. تحتاج إلى الدقة والبيان.فلا توله على السيئة والضلالة، واجعلواه وسيلة سعادتنا الدنياوية والأخروية ، وحي على مداومة التدبر وتعود معانيه التى لاتحصى عجائبها.
Rabu, 30 Mei 2012
Posted by alifmimra

Adakah Rajab bulan Allah?




Benarkah bulan Rajab adalah bulan Allah sebagaimana didendangkan di dalam ceramah dan khutbah Jumaat oleh sesetengah pendakwah bahawa ianya dinukilkan daripada hadis nabawy yang berbunyi, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.”? Apakah hukum meriwayatkan dan menyebarkan hadis yang tidak benar daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam?
Asy Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi menjawab:
Tiada satu pun nas berkenaan bulan Rajab kecuali yang menjelaskan kemuliaannya sebagai salah satu daripada 4 bulan yang haram ( al asyhur ul hurum ) sebagaimana di dalam Al Quran ( at Taubah: 36 ) iaitu Rajab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan – bulan haram adalah penuh kelebihan.
Tiada satu pun Tihadis yang sahih warid daripada RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam yang menyatakan kelebihan bulan Rajab secara khusus kecuali satu hadis yang hasan: Bahawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam paling banyak berpuasa di bulan Syaaban. Lalu baginda ditanya mengenainya. Baginda menjawab, ” Ia ( Syaaban )adalah bulan di antara Rajab dan Ramadhan yang dilalaikan oleh manusia ( kelebihannya ).”
Maka, difahami daripada sabda itu bahawa bulan Rajab mengandungi kelebihan yang telah jelas diingati berbanding Syaaban.
Adapun hadis, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan ummatku.”, maka ia  adalah satu hadis yang munkar ( tak dikenali )dandhoif jiddan ( terlalu lemah ), bahkan kebanyakan ulama hadis menyifatkannya sebagai sebuah hadis maudhu’ ( palsu ).
Tiada harganya daripada sudut ilmiah mahupun ugama.
Demikianlah segala hadis yang diriwayatkan berkaitan bulan Rajab bahawa sesiapa yang solat sekian maka untuknya sekian dan siapa beristighfar ( di bulan Rajab ) sekali maka untuknya sekian, maka itu semua adalah melampau – lampau dan pembohongan ke atas ar Rasul.
Antara tanda nyatanya pendustaan dalam hadis – hadis tersebut ialah wujudnya perihal kelebihan atau ancaman azab yang melampaui batas. Para ulama berkata, sesungguhnya janji manis dengan pahala yang besar atas amalan baik yang kecil dan janji buruk dengan azab yang pedih atas amalan dosa yang kecil adalah antara tanda bahawa ianya adalah hadis yang dusta dan palsu.
Ini sebagaimana dendangan periwayatan palsu bahawa baginda bersabda, “Sesuap yang dimasukkan ke dalam perut orang yang lapar adalah lebih baik daripada membina seribu buah masjid.”
Hadis – hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan bulan Rajab adalah daripada kategori ini. Adalah menjadi kewajiban ulama untuk menyedari kepalsuan hadis – hadis sebegini dan mengingatkan manusia daripadanya.
Telah warid ( datang ) daripada baginda, ” Barang siapa yang meriwayatkan satu hadis yang dia tahu kebohongannya, maka dia termasuk daripada kalangan yang berbohong juga.”
Tetapi biasanya seseorang itu tidak tahu bahawa dia sedang meriwayatkan hadis yang palsu. Justeru adalah menjadi kewajibannya untuk tahu dan mengambil hadis – hadis daripada sumbernya yang betul.
Di sana terdapat kitab – kitab hadis yang muktamad ( dipegang ) dan terdapat kitab – kitab yang khusus menyatakan mengenai hadis – hadis yang lemah dan palsu seperti‘al Maqasid al Hasanah’ oleh as Sakhawi, ‘Tamyiz al Thayyib min al Khabith lima yaduru ‘ala alsinati an nas min al hadith’ oleh Ibn ad Diba’, ‘Kasyf al khafa wa al ilbas..’ oleh al ‘Ajluni dan banyak lagi yang sayugia diketahui oleh para khatib dan penceramah ugama.
Mereka mesti menekuninya sehingga tidak lagi meriwayatkan kecuali hadis – hadis yang dipercayai kesahihannya. Hadis – hadis palsu ini sebenarnya adalah antara penyakit yang meracuni thaqafah Islamiah kita umat Islam. Ia tersebar melalui lidah para penceramah, buku – buku dan cakapan awam sedangkan ia adalah dusta dan anasir perosak dalam agama kita.
Adalah sayugia kita menyucikan dan menjernihkan thaqafah Islamiah kita daripda hadis – hadis jenis ini.
http://nikabduh.wordpress.com

Selasa, 22 Mei 2012
Posted by alifmimra

Wanita melamar lelaki merupakan amalan yang terpuji





         Ada si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang. Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran. Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita. Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.


Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya. Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.


Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya? Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.


Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.


Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah, Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.


Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.


Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.


Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.


Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)


Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.


“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.


“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.


Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.


“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.


“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya. Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya. “Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.


“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.


Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.


Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.


“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.


“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.


“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.


Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.


“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.


“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.


“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.


“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.


Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.


“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.


“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.


“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.


Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.


“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.


“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.


“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.


Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.


“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Sabtu, 19 Mei 2012
Posted by alifmimra

PERBAHASAN MENGENAI MOGOK LAPAR BANDUAN PALESTIN


sumber: http://www.manhal.pmram.org/
Khamis, 17 Mei 2012
Posted by alifmimra

NAKBAH 15 MEI 1948





NAKBAH bermaksud malapetaka, bencana besar dan kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa orang-orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai-ramai dantertegaknya negara haram Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 serta diikitiraf oleh Amerika Syarikat.

Tertubuhnya Negara Haram Israel pada tahun 1948 juga merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia. Kembalinya golongan Yahudi ke bumi suci ini juga merupakan derita tangis ke atas umat Islam yang belum bernoktah sehingga ke hari ini. Orang-orang Yahudi dihalau oleh Allah SWT 2000 tahun yang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para Nabi AS, membuat kerosakan di muka bumi serta mengingkari perintah daripada Allah SWT.

Penubuhan Zionis Antarabangsa dan Deklarasi Balfour

Pertubuhan Zionis Antarabangsa telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah melantik Theodor Herzl sebagai Presiden yang pertama. Tujuan utama ditubuhkan pertubuhan ini adalah untuk mendirikan sebuah negara sekular moden bagi bangsa Yahudi. Maka beberapa perancangan dan strategi telah diaturkan untuk menjadikan agenda jahat mereka berjaya.

Beberapa strategi telah disusun untuk menimbulkan simpati serta persetujuan House Of Common di Britain. Hasil daripada itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain dikeluarkan yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada November 1917. Ia juga telah dibincangkan secara mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang di London. Pada waktu itu juga, berlakunya serangan tentera British bagi menawan Palestin.

Palestin secara rasmi jatuh ke tangan penjajah pada era moden ini setelah mana ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah suci tersebut. British di bawah pimpinan General Allenby berjaya menawan  Palestin daripada naungan empayar Khalifah Uthmaniyah. Beliau berjaya menawan Palestin pada Disember 1917 setelah memulakan serangan bermula 31 Oktober 1917. Pada tahun 1919, selepas Perang Dunia Pertama Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British,  British akhirnya berjaya menumpaskan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Maka rentetan daripada itu, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari tahun 1918-1947.

Penubuhan Negara Haram Israel

Pada 14 Mei 1948, Ben Gurion mengadakan upacara di Tel Aviv Muzium untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Dalam pada itu, keganasan Israel terus memuncak ke atas penduduk Palestin. Pada hari berikutnya iaitu 15 Mei, selepas British keluar secara rasmi dari Palestin, kumpulan pengganas Yahudi Irgun telah menyerang bandar Jaffa. Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih teruk daripada itu dimana telah menyebabkan 70 ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.

Apa yang menjadi dorongan kepada Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika Syarikat Harry Truman memberikan sokongan diikuti oleh negara-negara lain seperti Britain, Romania dan Uruguay. Malah dua hari selepas itu, beberapa negara lain Soviet Union, Poland, Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi, sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel adalah 31 Januari 1949.

Tel Aviv Hari Ini

Sejak kelahiran negara haram Israel 64 tahun yang lalu, dunia telah memerhatikan dengan penuh kehairanan bagaimana orang-orang Yahudi telah mengembangkan negara Israel mereka yang berasaskan sekular dan bukannya berasaskan agama. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka termasuk riba, zina, penindasan, kerosakan moral dan nilai-nilai yang tidak mengikut ajaran Tuhan.

Adakah bumi yang pernah dipijak oleh para Anbiya ini rela dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi hari ini. Jawapannya tidak!,  Mereka akan dihukum oleh Allah SWT sekali lagi, dan mereka akan melihat kemusnahan yang terbesar yang tidak dapat mereka bayangkan sebelum ini serta pertempuran yang paling dahsyat antara orang-orang Muslimin dan Yahudi.

Hal ini belum berakhir, pandangan umum kelihatan seolah-olah Israel telah dikepung oleh orang-orang Arab dan sedang mengambil langkah-langkah untuk melindungi dirinya dari disembelih oleh orang-orang Arab.Hakikatnya setelah kemusnahan Kem Pelarian Jenin dan penyembelihan orang-orang Arab, Israel pada hari ini sedang bersiap sedia untuk mencetuskan satu peperangan besar ke atas orang-orang Arab untuk menambahkan lagi keluasan tanah jajahan dan ruangan strategiknya di kawasan Timur Tengah agar menyamai keluasan wilayah Tanah Suci Biblikal, iaitu dari sungai di Mesir (penguasaan Terusan Suez) hingga ke Sungai Euphrates (penguasaan minyak di Timur Tengah). Inilah cita-cita dan impian Yahudi la'natullah.

Mereka juga sangat obses dengan Tanah Suci serta berusaha kearah memusnahkan Masjid Al-Aqsa  kerana mereka meyakini Nabi Penyelamat Agung akan turun menyelamatkan mereka serta menjadikan Yahudi bangsa yang terhebat dan akan memerintah dunia dari Jerusalem seperti zaman kegemilangan Nabi Daud dan Sulaiman. Tetapi sangkaan mereka silap sama sekali, Nabi Penyelamat Agung yang dipercayai mereka itu sebenarnya adalah Al-Masih Ad-Dajjal yang akan memimpin orang-orang Yahudi dan akan melakukan penipuan terbesar dalam sejarah akhir zaman.

Kemenangan Pasti Tiba

Biar sehebat mana pun perancangan musuh Allah untuk menghancurkan Islam, dan biar sehebat mana pun ujian dan fitnah yang menimpa muslimin pada hari ini, jangan sesekali kita lupa bergantung harap pada Allah SWT. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Semoga usaha, pengorbanan, darah kita menjadi saksi di akhirat kelak bahawasanya inilah buktinya kasih dan cintanya kita pada agama suci ini.
Akhirnya, genggamlah nukilan kata semangat waja yang dinyatakan oleh pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani :

"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir."


Rabu, 16 Mei 2012
Posted by alifmimra

KONSEP ISLAM DAN RAHMAT





Islam datang membawa rahmat (kasih sayang) kepada semua makhluk dimuka bumi. Hal ini bertepatan dengan firman Allah taala daripada pengutusan Nabi s.a.w. : "dan tidaklah aku mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat keseluruh alam". (Surah al-Anbia' : 107)

Oleh itu, sesuatu pensyariatan dalam Islam mempunyai tujuan dan peranan khusus untuk menjaga keamanan manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Mustasfa[1] ada menyebutkan lima perkara daripada tujuan pensyariatan dalam Islam atau dengan nama lain Maqasida Syar'iah :

1. Menjaga agama : Larangan supaya tidak syirik dan murtad kepada Allah
2. Menjagga akal : Larangan daripada meminum arak dan seumpamanya
3. Menjaga nyawa : Larangan agar tidak membunuh dan mencederakan manusia lain
4. Menjaga keturunan : Larangan supaya tidak berzina dan gejala sosial
5. Menjaga harta : Larangan daripada merompak, mencuri, rasuah, riba da lain-lain

Perkara ini dilihat sebagai hikmah daripada Allah taala kerana menurunkan agama kepada kita sebagai manual untuk dirujuk bagi menjalani kehidupan seharian. Sebab agama itu datang sebagai pemandu kepada setiap manusia yang mempunyai akal rasional untuk berfikir apa yang baik dan buruk sebagai mendapatkan kehidupan yang sejahtera atas muka bumi Allah.


BEBERAPA KEWAJIPAN ASAS SEORANG MUSLIM
Dr. Ali Jarishah dalam kitabnya[2] ada menyebutkan beberapa kewajipan asas sebagai seorang muslim terhadap agamanya. Antaranya :

1. Kewajipan menjaga agama dan syariat Islam (sepenting-penting kewajipan)


2. Kewajipan menjaga kesatuan umat Islam sejagat dan keselamatan negara mereka


3. Kewajipan mejaga kebebasan dan nyawa orang-orang Islam

PERINGKAT / MARHALAH MEMPERTAHANKAN PENSYARIATAN ISLAM

Peringkat Pertama : Ingkar dengan hati
Peringkat ini merupakan fardhu ain (kewajipan) kepada semua umat Islam samada lelaki ataupun perempuan. Ini kerana tiada seorang pun yang terhalang untuk mengingkari dengan hatinya terhadap sesuatu maksiat kepada Allah taala.

Firman Allah taala : "Janganlah kamu condong kepada mereka-mereka yang melakukan kezaliman kerana mereka akan menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka". (Surah Hud : 113)
Akan tetapi ini adalah selemah-lemah iman (sekiranya mereka mampu) kerana ianya tidak diiringi dengan perbuatan untuk mencegah sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat Allah taala.

Namun sekiranya mereka tidak mampu dan mendapat ancaman yang menyebabkan luputnya nyawa, mereka dibenarkan untuk membuat pilihan samada ingin menegur sesuatu kezaliman yang berlaku ataupun tidak. Mereka dimaafkan disisi pendapat para ahli feqh.

Bagi mereka yang tidak mengingkari sesuatu maksiat dan kezaliman yang berlaku walaupun dengan hati maka mereka akan mendapat laknat Allah taala sebagaiman Bani Israel.

Firman Allah taala : "Orang-orang kafir Bani Israel telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Nabi Daud dan Isa putra Maryam, yang demikian itu kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas, mereka tidak saling mencegah perbuatan mungkar yang selalu mereka perbuat , sungguh sangat buruk apa yang mereka perbuat". (Surah al-Maidah : 78-79)

Peringkat Kedua : Ingkar dengan perkataan (jihad dengan lisan).
Peringkat ini terbahagi kepada dua kategori :

1. Fardhu kifayah : daripada kalangan orang-orang awam
Sekiranya sudah terdapat daripada sesebuah kampung yang telah menjalankan amar makruf nahi mungkar maka akan gugurlah kefardhuan jihad dengan lisan kepada setengah penduduk atau orang awam yang lain.


2. Fardhu ain : daripada kalangan ahli ijtihad (fatwa) dan para ulama

Haram bagi setiap daripada ahli ilmu dan mereka yang bijaksana dalam agama berdiam diri membisu seribu bahasa sekiranya sesuatu pensyariatan Islam tidak ditegakkan dan maksiat berlaku berleluasa dikalangan masyarakat.

Rasulullah pernah bersabda : "Sesiapa yang menyembunyikan ilmu maka Allah akan memakaikan kekangan (dimulutnya) pada hari kiamat dengan kekangan yang diperbuat daripada api neraka, sesiapa yang mennyembunyikan kebenaran maka mereka itu adalah syaitan bisu".

Beberapa langkah dan peringkat mengingkari dengan perkataan sebagaimana method yang diajarkan oleh al-Quran.

Firman Allah taala : "Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah, peringatan baik dan berdebatlah dengan cara yang baik". (Surah al-Nahl : 125)

Berdasarkan ayat diatas, terdapat tiga cara dan langkah penyampaian :
1. Pengenalan, berhikmah dan lemah lembut
2. Peringatan dan nasihat yang baik
3. Berdebat dan berhujjah dengan cara yang baik

Peringkat Ketiga : Penolakan (Gugurkan hak-hak Pemerintah)

Sekiranya peringkat pertama dan kedua (ingkar dengan hati dan lisan) tidak memberi kesan maka hendaklah gugurkan segala hak-hak yang sepatutnya diterima oleh pemerintah seperti memberi ketaatan dan sebarang pertolongan kepada mereka dalam pemerintahan.

Ini berkisar dalam skop terhadap sesuatu tindakan pemerintahan dan sebarang bentuk teknikal yang dirancang yang tidak mengikut syariat Allah taala. Menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam memboikot secara lembut setiap perancangan yang membawa kepada kemurkaan Allah taala.

Firman Allah taala : "Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadamu (hukum-hukum) dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan maka jananlah kamu duduk bersama mereka, sebelum mereka memasuki pembicaraan yang lain, kerana (kalau tetap duduk sekali dengan mereka) tentulah kamu serupa dengan mereka, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-oran munafik dan kafir di neraka Jahannam". (Surah al-Nisa' : 140)

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Adakah kamu semua mendengar? Sesungguhnya Allah taala akan jadikan kepada kamu beberapa pemimpin-pemimpin (yang zalim), sesiapa yang menjadi golongan mereka dan membenarkan pembohongan mereka serta menolong kezaliman yang mereka lakukan maka bukanlah daripada kalanganku (umatku), aku bukanlah daripadanya dan dia tidak akan (merasai) talaga haud, sesiapa yang tidak termasuk dalam golongan mereka dan tidak membenarkan pembohongan mereka serta tidak menolong kezaliiman yang mereka lakukan maka dia daripada kalanganku (umatku) dan aku daripada kalangannya, dia akan dapat (Merasai) telaga haud". (Riwayat Imam Ahmad dan Nasa'ie)

Peringkat Keempat : Jatuhkan pemerintah thaghut.

Dalam proses menegakkan syariat Allah, Islam perlu memerintah bukan diperintah. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk cuba sedaya upaya melalui apa jua cara yang sesuai dengan syara' untuk mengislah dan memperbaiki sesuatu pemerintahan negaranya dengan seruan kebangkitan terhadap rakyat secara hikmah dan peringatan yang baik.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah bagaimana kita ingin menolong saudara-saudara kita dikalangan pemerintah yang zalim.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah bin Abbas : "Tolonglah saudaramu yang dizalimi dan yag menzalimi, sahabat berkata : Aku menolong mereka yang dizalimi, adakah kamu dapati (wahai Rasululllah) sekiranya yang zalim bagaimana aku boleh meolongnya? Rasulullah bersabda : Tahan dan tegahlah dia daripada melakukan kezaliman, maka itulah cara menolongnya (yang zalim)". (Riwayat Imam al-Tabrani)

Jatuhkan pemerintahan thagut (mereka yang memerintah melampaui daripada hukum Allah) bukanlah bermaksud dengan memerangi mereka dengan cara menggulingkan pemerintah menggunakan senjata ataupun revolusi yang bersifat kekerasan.

Tidak mengapa meminta tolong dan bekerjasama (tahaluf siasi) dengan non-muslim sebagai strategi untuk mencapai tujuan selagi prinsip-prinsip Islam yang asas tidak digadai.[3]

Lihat : http://www.manhal.pmram.org/2011/10/hukum-tahaluf-siasi-dalam-gerakan-islam.html
Perkara ini sesuai dengan pendapat daripada jumhur ulama', wajib bersabar untuk menegakkan hukum Allah dan haram memerangi pemerintah (dalam erti melancarkan perang senjata) selagi pemerintah tidak secara jelas menampakkan kekufuran dan memerangi Islam dan umatnya.

Firman Allah : "Taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan kepada pemerintah daripada kalangan kamu". (Surah al-Nisa' : 59)

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sesiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu perkara yang ditegah (syara') maka bersabarlah (menasihatinya)". (Riwayat Bukhari)
Ini kerana Islam adalah agama pemberi nasihat dan penunjuk kepada jalan kebenaran.
Sabda Rasulullah s.aw. : "Tiada ketaatan dalam perkara maksiat, sesungguhnya ketaatan itu pada perkara kebaikan, maka wajib salah seorang antara kamu dengar dan taat apa yang tidak disuruh kepada perkara yang berbentuk maksiat, maka sekiranya disuruh kepada perkara maksiat maka tidak perlu dengar dan patuh". (Riwayat Muslim)

KESIMPULAN

Hujjatul Islam Imam Ghazali ada menyebutkan : "Dunia sebagai kebun akhirat, tidak akan sempurna agama melainkan dengan adanya dunia,pemerintahan dan agama adalah dua benda yang kembar, agama adalah asas (sumber), sultan adalah pemegang amanah, jika tiada asas maka akan binasa, jika tiada pemegang amanah maka akan sempitlah, tidak akan sempurna pemerintahan dan undang-undang kecuali dengan ketua (sultan atau pemimpin)".[4]
Firman Allah taala : "Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya an apabila kamu menetapkan sesuatu hukum kepada manusia hendaklah menetapkannya dengan adil,sesungguhnya Allah sebaik-baik yang member pengajaran kepadamu, sesungguhnya Allah maha Mendengar lagi maha Melihat." (Surah al-Nisa' : 58)






Ahad, 13 Mei 2012
Posted by alifmimra

Popular Post

Blogroll

Blogger news

- Copyright © Portal Pena Dakwah -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -