Archive for Jun 2012

TUMPANG










oleh: Alifmimra

Jam: 6.30 pagi
Kampung Sri Kinta

“Vrooomm…” Enjin teksiku dihidupkan. Sudah dua puluh tahun aku menceburkan diriku di dalam kerjaya ini. Tidak pernahku merasa bosan dan futur  tatkala setiap hari tugasku memandu dan menerima penumpang. Pelbagai pengalaman  pernahku tempuhi. Sudah sunnah hidup seorang manusia. Berjuang mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta. “ Abang, lauknya ni, nanti tertinggal pula.” Aku disapa oleh suara bidadari dari arah timurku. Suara itu tiap kali memberi motivasi kepada diriku selaku khalifah memimpin sebuah keluarga yang bahagia ini. Itulah Rokiah, isteriku yang pertama dan yang terakhir bagi diriku. Dialah yang menemaniku sepanjang hidupku bergelar pemandu teksi. Dia amat cekal dan tabah menahan karenah dan ragamku setelah  kami selamat diijabkabulkan pada Ogos  1985.
“Terima kasih sayang..” sendaku dengan nada manja. “ Ishhh, abang ni! Dah tua pun nak sayang-sayang lagi.”  Jawabnya dengan nada mesra. Lantas Rokiah mencapai tanganku untuk bersalam lalu mengucup tanganku kemudian berpesan, “elok-elok jalan ye bang..” Aku tidak berkata apa-apa dan hanya mampu tersenyum dengan kata-kata Rokiah tadi. Selesai sahaja aku mempersiapkan diriku, barulah bersedia untuk bertugas. Tayar akhirnya bergolek dan teksi mula berjalan. Sempat aku menatap wajah Rokiah buat kali terakhir  sambil melambai-lambai ke arahnya tanda selamat jalan. “Abang pergi dulu ye. Doakan abang selamat dalam perjalanan.” Mohonku di dalam hati. Setelah itu, bermulalah pengembaraanku seperti hari-hari kebiasaan.

Jam 7.12 pagi
Taman Song Choon

Indahnya sinar cahaya ketika terbitnya mentari pagi. Sambil menghirup udaranya yang nyaman dan segar. Indahnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada seluruh hambaNya. Inilah bukti yang ditunjukkan olehNya berdasarkan firmanNya yang bermaksud:

“Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.” (Surah An-nahl : 13)

Teksiku meluncur laju menuju ke arah pusat bandar, kawasan yang strategik bagi semua pemandu teksi di  sini. Ketika di dalam perjalanan, aku melihat dua orang anak kecil berpakaian uniform sekolah, bersama ayahnya menaiki motosikal menuju ke gerbang ilmu.  Terfikirku sejenak menggamit memoriku yang lalu ketikaku masih di bangku sekolah. Teringat aku akan Cikgu Fauziah. Guruku yang mengajar matapelajaran sains biologi. Cikgu Fauziah seorang guru yang penyayang serta baik hati. Walaupun umurnya telah meningkat ketika bergelar guru biasa, namun hatinya cekal dan tabah dalam mendidik anak-anak didiknya meskipun gajinya tidak begitu lumayan dan tidak dinaikkan pangkat. Kata-katanya cukup terkesan pada diriku. Ketika itu kami sedang membincangkan topik proses kejadian manusia. Katanya,“Ingat anak-anak, ketika kita masih belum melihat dunia, kita hanya menumpang di dalam rahim ibu kita selama sembilan bulan. Dan apabila lahir sahaja kita di dunia, kita masih lagi menumpang dirumah ibu bapa kita hingga kini. Adakah kita tidak punya tempat? Ya, kita tidak punya apa-apa tempat di dunia ini, hatta bumi ini pun bukan milik kita. Melainkan bagi hambaNya yang mengenal erti syukur serta tidak angkuh dengan apa-apa pemberian olehNya. Sedarlah anak-anak, kita ini adalah penumpang..”

Jam 9.43 pagi
Kampung Simee

“Abang teksi! Abang teksi!” jerit seorang wanita berbaju kurung sambil melambai-lambai tangannya menahan teksiku.
 “Abang teksi, boleh tumpangkan saya ke Hospital Besar tak? Saya nak cepat ni.” katanya.
“Boleh, tiada masalah” jawabku tenang. Lantasku menekan butang meter tambang teksiku. Kelihatan wanita tersebut dalam keadaan kelam kabut. Mungkin ada sesuatu perkara  yang penting dan segera yang perlu diselesaikan olehnya. Segeraku bertanya tanpa rasa segan silu.
“Cik nak ke hospital cepat-cepat ni, ada perkara mustahak ke di hospital tu?”
“Saya perlu ke hospital dengan segera, sebab ayah saya sedang dalam keadaan kritikal.” Jawabnya dengan tegas.
“Ayah cik sakit apa?” tanyaku lagi.
“Darah tinggi dan kencing manis.” Jawabnya singkat.
“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un…” terucap lafaz istirja’ dibibirku tanda rasa simpati dengan musibah yang menimpanya dan ayahnya.
“Krekkk!” aku menarik brek tangan, menghentikan teksiku dihadapan hospital.
“Berapa pak cik?” Tanya wanita itu.
Lalu aku menoleh pandanganku ke arah bacaan meter tambang.
“Tambangnya RM 6.50 je.” Jawabku dengan mesra.
Lalu wanita itu menghulurkan wang kertas bernilai RM50 kepadaku. Aku menolaknya. Lalu wanita itu memaksaku untuk mengambil wang tersebut dengan berkata, “ambillah pak cik, saya sedekah. Mana tahu dengan sedekah saya ni, Allah akan selamatkan ayah saya.”
Tidak terucap apa-apa ucapan dari mulutku melainkan ucapan terima kasih kepada wanita itu lalu wanita tersebut terus beredar menuju ke arah wad kecemasan. Teringat aku akan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan oleh  Allah iaitu: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah.Ya Allah! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang telah kuhadapi dan gantikan yang lebih baik
"Nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik" (HR Muslim)

Jam 2.20 petang
Medan Kidd

Syukur atas nikmatMu yang tidak terhingga, memberi dua nikmat besar kepada diriku dalam meneruskan agenda kehidupan di dunia ini. Mencari redhaMu di celahan pohon yang berduri walaupun pengabdianku hanya sebesar zarrah jika ingin dibandingkan dengan  hamba-hambaMu yang soleh. Dua nikmat tersebut adalah sepertimana yang telah disabdakan junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah
waktu sihat dan masa lapang.” (HR Bukhari)

Aku berehat sebentar untuk solat zohor dan makan tengahari. Selesai sahaja solat zohor, lantasku mengambil makanan yang dimasak oleh Rokiah pagi tadi. “Oi Hasan! Jom kita makan di kedai mamak hari ini?” Sapa Rahim, sahabat sekerjaku yang agak veteran dalam kerjaya memandu teksi ini. Aku seringkali menolak pelawaan sahabat-sahabat sekerjaku di sini untuk makan tengahari di gerai-gerai, restoran dan sebagainya.Ya lah, buat apa membazirkan duit untuk makan di tempat-tempat macam itu? Kebersihannya pun belum terjamin. Apa guna isteri dirumah? Tersenyum aku seketika dengan gelagat sanubariku ini. Lalu kubuka tudung mangkuk tingkat tersebut. Wahh, aromanya cukup menyelerakan! Pasti akan membuka mata sesiapa yang menghidunya. “Ikan keli masak tempoyak! Fuhh, kegemaranku!” kagumku di dalam hati. Ya Allah, beruntungnya aku memiliki pemaisuri yang pandai mengambil hati suaminya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami.” (Surah Al- Furqan: 74)

Dengan lafaz basmalah, aku menikmati juadah tengahari ini dengan berkatNya. Ketika sedang menikmati makanan tengahari, datang kepadaku seorang lelaki berpakaian kusut masai.
“Bang, bang, seringgit bang, nak beli rokok..” kata lelaki itu. Itulah Usop atau nama sebenarnya Yusuf. Salah seorang pengemis yang agak kurang siuman seringkali mengemis di kawasan ini. Siapa tidak kenal Usop, satu Medan Kidd ni kenal dia. Setiap kali dia mengemis, satu ringgit sahaja yang dimintanya semata-mata nak membeli rokok. Pada sejarah silamnya, Usop adalah seorang businessman yang ditipu oleh salah sebuah syarikat kewangan lalu menjadi tidak siuman. Ya Allah, sebak aku melihat manusia sepertinya. Tetapi itulah ketetapanNya. Kita tidak ada daya upaya untuk mengubah sesuatu takdir melainkan kita sendiri yang berusaha dan bertawakkal kepadaNya. Moga Allah merahmati Usop dan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. “tutt, tutt.” Telefonku berdering.
“Assalamualaikum.” Salam diberi.

Jam 3.30 petang
Tambun

 

“Pon! Pon!” kedangaran bunyi hon membingitkan suasana jalanraya disini. Kesesakan lalu lintas menjadi adat kebiasaan bagi pemandu teksi sepertiku. Dalam keadaan yang sesak serta cuaca yang panas terik ini betul-betul menguji kesabaran manusia. “Sabar, sabar…” kataku di dalam hati. Tetapi kesesakan pada hari ini agak lain berbanding dengan hari-hari kebiasaanya. Kesesakan lalu lintas di kawasan ini secara kebiasaannya memakan masa sepuluh hingga dua puluh minit untuk reda. Sampai sekarang sudah empat puluh lima minit aku berada di dalam teksiku. Mujurlah aku ditemani oleh radio. Alunan muzik retro di zaman tujuh puluhan dan lapan puluhan menenangkan fikiranku di dalam keadaan yang sesak ini. “Sekarang kita akan memainkan sebuah lagu pilihan daripada Ahmad Syukri dari Kajang yang ingin mendengarkan sebuah lagu daripada kumpulan Gingerbread yang berjudul ‘Ku Cari Damai di Hati.’ Selamat mendengar!” ulas penyampai radio tersebut. Lirik serta lagu itu memukau hati dan menggamit memori indahku ketika diriku bergelar remaja. Ketika itu cintaku kepada kekasih lama berputik di hati. Alangkah indahnya saat itu. Akan tetapi saat bahagia itu tidak lama dan hatiku berkecai bagai kaca dihempas ke bumi akibat ketidaksetiaan. Owhh! Pedihnya hati ini tika saat itu. Aku memfokuskan pada rangkap lirik lagu tersebut;

“Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini”

Sejak daripada peristiwa itu, aku tidak lagi mempercayai akan kehebatan cinta manusia sehingga aku mengahwini Rokiah. Pilihan keluargalah yang menjadikan rumah tanggaku bahagia hingga ke saat ini. Kerana rumah tangga yang harmoni akan memandu hambanya menuju ke gerbang syurgaNya yang abadi. Aku menekan brek kereta setelah sepuluh minit keretaku kaku tidak bergerak lalu berjalan sedikit demi sedikit. Terlihatku akan salah seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas mengawal suasana lalu lintas. Dalam kesesakan itu, sempatku bertanya akan faktor kesesakan lalu lintas ini. Lantasku bertanya.
“Assalamualaikum encik.” Tanyaku dengan nada mesra.
“Waalaikumussalam.” Jawabnya tegas.
“Apa hal kat depan tu?” tanyaku lagi.
“Owh, ada accident kat depan tu. Menyebabkan seorang perempuan yang sarat mengandung mengalami keguguran kandungan.”
Ohhh!!! Tersentak aku mendengar kata-kata anggota polis tersebut. Seakan-akan peristiwa ini sama seperti yang pernahku hadapi sebelum ini lima belas tahun yang lalu. Peristiwa hitam yang tidak dapat kulupakan hingga menyebabkan kebahagiaan rumah tanggaku bersama Rokiah hampir hanyut dibuai ombak kencang. “Dup, dap, dup, dap..” berdegup-degup jantungku memikirkan peristiwa itu. Saat Rokiah dikejarkan ke hospital kerana mengalami keguguran akibat hentakan yang kuat dibahagian perutnya. Aku mengalami kecederaan ringan. Ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Teksiku memecut laju dikawasan lebuhraya. Akhirnya teksi yang ku pandu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan. Hatiku berkecamuk. Perasaan bercampur baur. Tidak putus-putus aku menyebut-nyebut nama Rokiah ketika itu. Situasi aku ketika itu bagaikan kucing kehilangan anak. Selang setengah jam kemudian, doktor pun keluar daripada bilik kecemasan. Lantas aku mendapatkan doktor itu lalu segera aku bertanya kepadanya.
“Bagaimana keadaan isteri saya doktor?” tanyaku dalam keadaan keluh kesah.
“Hmm, encik tolong masuk ke pejabat saya, ada perkara penting yang perlu diperbincangkan.” Jawabnya tenang. Setelah kami berada di dalam bilik, segera aku bertanya lagi akan situasi yang menimpa Rokiah
“Bagaimana keadaan isteri saya doktor?”  seraya doktor itu berkata, “Encik kena tenangkan hati, istighfar banyak-banyak. Mungkin keputusan ini adalah keputusan yang terbaik yang perlu encik pilih. Kami terpaksa menyelamatkan isteri encik. Anak encik tidak dapat diselamatkan dan rahim isteri encik terpaksa kami buang akibat kecederaan agak yang serius dibahagian pangkal rahim. Isteri encik mungkin tidak boleh melahirkan anak lagi. Saya minta maaf.”
Tertundukku pasrah mendengar kenyataan doktor tersebut. Ya Allah, inikah yang mesti aku hadapi? “Astaghfirullah..” ucapku cuba untuk menenangkan hatiku. Akhirnya aku redha akan ketentuanNya. Teringat aku akan firmanNya yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-baqarah:155)

Kemudian segera aku mendapatkan Rokiah di biliknya. Alhamdulillah, dia sudah sedar. Melihat ronaan matanya, seakan-akan dia tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. Rokiah memandangku. Dia mula menitiskan air matanya.
“Bang, anak kita…” tangis Rokiah dengan suara tersekat-sekat. Aku menatap wajahnya dalam-dalam. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya pergi meninggalkan dunia. Aku mendakap tubuhnya erat-erat.
“yang sudah tu sudah, InsyaAllah, ada hikmahnya. Anak kita pasti akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.” Pujukku sambil disulam dengan deraian air mata.
Selang beberapa bulan, kami bertekad untuk mengambil seseorang untuk bersama-sama meghiasi rumah tangga kami. Saat itu aku dan Rokiah mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Aku dan Rokiah pergi ke Pusat Penjagaan Anak Yatim di Ipoh. Di situ, kami dikurniakan bayi lelaki yang berusia sembilan bulan. Wajahnya putih dan berseri. Wajahnya sering tidak tumpah seperti wajah arwah nenekku ketika muda. Rokiah tersenyum tanda gembira. Ditimang-timangnya anak itu dan dicium dengan penuh kasih sayang.
“Abang, kita nak namakan dia apa ya?” Tanya Rokiah. Lantasku berfikir. Bukan mudah untuk menamakan bayi secomel ini. Tanpa berfikir panjang lalu aku terus menamakan anak ini.
“Kita namakan dia, Adam Ibtisam..”

Jam 6.50 petang
Pasir Puteh


Sungguh pantas masa berlalu. Kini diriku sudah hampir di hujung usia. Masa yang berlalu mungkin hanya tinggal kenangan dan pengajaran bagi diri. Inilah lumrah kehidupan. Ketika muda, kita begitu kuat dan mampu untuk melakukan apa sahaja mengikut daya upaya. Kini sudah bertubuh tua, hanya menunggu masa untuk di usung ke liang lahad. Berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

”Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”
(Surah Ar-ruum:54)
Hari sudah menampakkan kelenaannya. Selesai sahaja aku menyempurnakan solat Asar di surau berdekatan, masa untuk aku bergerak pulang bagi meluangkan masa bersama keluarga pula. Pasti Rokiah sedang menunggu aku dirumah. Sampai sahaja di rumah, terlihat aku akan sebuah kereta Toyota Avanza dihadapan rumahku. Aku terkejut. Siapakah gerangan empunya kereta tersebut? Aku meletakkan teksiku digaraj rumah sambil memanggil-manggil nama Rokiah.
“Kiah! Kiah! Abang balik dah ni.” Panggilan aku tadi membuatkan Rokiah terpanggil dihadapan pintu. Keluar sahaja aku daripada teksi, terpandang aku akan seorang lelaki tinggi lampai, berkulit putih sambil menatap wajahku dengan tersenyum.
“Assalamualaikum abah!” panggilnya.
“Waalaikumussalam, Adam! Anak abah dah balik..” terkejut aku lantas dia memeluk tubuhku erat-erat tanda kasih mesra seorang anak terhadap ayahnya.
“Kenapa balik tak bagi tahu?” tanyaku sambil disulam deraian air mata kerinduan. Rokiah tersenyum girang.
“Adam saja je. Nak bagi surprise kat abah.” Sendanya sambil tersenyum sinis. Itulah satu-satunya anak kesayanganku. Adam telah melanjutkan pelajarannya ke Singapura dalam jurusan kedoktoran. Dia akan balik 5 bulan sekali setiap tahun. Rindu tidak terkata. Alangkah bahagianya hidup kami apabila kepulangannya ke dakapan kami. Walaupun bergelar anak angkat, tetapi kami sudah menganggapnya seperti anak kandung kami sendiri. Daripada darah daging kami sendiri. Alhamdulillah, syukurku ke hadrat Ilahi. Dikurniakan kebahagiaan selepas pelbagai kepahitan yang telah kami berdua tempuh dengan sabar dan redha. Kerana setiap daripada kita di dunia ini adalah penumpang. Maka kasihilah orang yang telah menumpang kebahagiaan dengan diri kita.


Sabtu, 9 Jun 2012
Posted by alifmimra

"Jawaban itu ada pada diri kamu"


Kepulanganmu dinanti...

oleh: Alifmimra
        
           Saudara-saudara kita yang berada di perantauan ini, sering kali ditanya oleh keluarga, rakan-rakan, sanak saudara dan sebagainya dengan persoalan-persoalan yang seperti berikut:

"bila nak balik?"
"bila hendak pulang ke kampung?"
"balik la bang, rindu ni.."
"angah, balik ye,, kami semua rindukan angah.."
"ekau nak balik sini ko?"

dan kita disini pasti sudah bersedia dengan jawapan yang berikut:

"insyaAllah, 2 bulan lagi.."
"tahun ni balik la.."
"yelah2, abang balik la nanti.."
"angah dah tempah tiket dah, esok angah balik.."
"eden balik la ni, naik kapal selam.." huhu :)

tetapi, adakah kita sudah bersedia untuk menjawab satu sahaja soalan yang seperti berikut?:

"SUDAH BERSEDIAKAH KAMU UNTUK BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DI TANAH AIR KAMU?

           Pasti kita akan gugup untuk menghadapi persoalan tersebut. Mungkin kita takut apabila kita terjun ke dunia masyarakat, dipundakkan tanggungjawab ke atas bahu kita supaya mencorak masyarakat ke arah yang lebih baik. “Oh, susahnya! Bagaimana tu??” Soalan itu masih lagi berkeliaran dan berlegar-legar di seantero pemikiran kita. Kusut memikirkannya. Persediaan masih belum cukup. Mungkin ada saudara-saudara kita yang diperantauan yang masih tidak mampu mengubah identitinya yang sebenar atau mengubah keterampilan dengan lebih matang dan profesional. Ada juga yang masih lagi tidak bersedia menjadi imam, khatib, tok bilal dan sebagainya. “Bukan perkara mudah tu.” Kata-kata yang sering menumpulkan semangat apabila berhadapan dengan masyarakat.
Mungkin ada saudara-saudara kita yang akan menjawab soalan ini dengan jawapan yang berikut:


“Alah, ramai lagi imam kat Malaysia ini. Imam muda ada, imam tua ada, ustazah pilihan ada, kan mudah.”

“Aku belajar sini pun, pasal mak bapak aku suruh, bukan aku nak..”

“Masyarakat tak tengok dah pelajar-pelajar luar negara ni, lagi-lagi Mesir.”
           
         Amboi, amboi, amboi. Panjangnya jawapan daripada jawapan yang di atas tadi. Itu bukan membawa penyelesaian, tetapi membawa ke arah permasalahan yang lebih rumit. Saudara-saudaraku sekalian, persoalan ini tidak akan terjawab sekiranya diri kita masih lagi di awang-awangan. Dengan kehidupan yang kita kecapi ini, tidak manis sekiranya tiada istilah perjuangan di dalam kamus kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Kita tidak mampu untuk menyempurnakan amanah tersebut dengan sesempurna mungkin. Malahan amanah yang dipikul hanya sekelumit sahaja jika nak dibandingkan dengan orang lain. Mari kita bina kekuatan, mari kita bina keterampilan bagi mencorak masyarakat  di tanah air kamu. Firman Allah S.W.T di dalam kitabNya yang agung:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum  kecuali mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka.” ( Surah Ar-ra’du : 11 )

Maka jawaban itu ada pada diri kamu. Semoga berjaya merealisasikannya.

Ditujukan kepada seluruh Azharian Mesir. Moga karya ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada kita.  




Rabu, 6 Jun 2012
Posted by alifmimra

“Alhamdulillah…”


Selesanya...

Oleh: Alifmimra

“Pok, pok, pok!” Bantal yang berhabuk itu kutepuk supaya habuknya hilang. “Haihh, barulah selesa sedikit nak tidur macam ini! Kalau tidak, gatal-gatal badanku nanti.” Kataku sambil mengeluh. Tiba-tiba aku termenung seketika sambil meletakkan tanganku ke atas dahiku yang berkerut ini. Sejenak ku terbayang wajah-wajah derita saudara-saudara seagamaku di sana. Apakah khabar mereka? Adakah mereka tidur dalam keadaan selesa sama sepertiku? Ataupun mereka sekadar tidur-tidur ayam, berjaga-jaga dalam menghadapi musuh? “Oh!” tersentak aku seketika. Mengapa tidak pernah aku merasa bersyukur dengan apa yang aku ada di sini? Teringat aku kata-kata seorang ustaz yang memberi ceramah berkaitan kehidupan rakyat-rakyat  Palestin. Tatkala malam, rakyat-rakyat Palestin di sana hidup dalam keadaan gelap gelita. Tidak ada bekalan eletrik dan tidur bertemankan pelita atau unggun api. Dengan renungan ini, sudah cukup untuk menyedarkan aku akan erti mensyukuri nikmat keselesaan. Bukan sahaja tidur, bahkan makan, mandi, berjalan, belajar, bermain dan segala nikmat kebebasan yang sedangku kecapi sepanjang kehidupanku di dunia ini. “Alhamdulillah.” Terucap lafaz keramat itu dibibirku lantasku bangkit sambil menadah kedua-dua tangan lalu memohon kepadaNya dengan doa ini:

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهم
وانصرنا عليهم
وانصرنا على القوم الكافيرن
وانصرنا على القوم المشركين
اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَان
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan kesatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjingMu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka! Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Menangkan kami ke atas kaum kafirin
Menangkan kami  ke atas kaum Musyrikin
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin.
Ya Tuhan kami, hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin… Ya Robbal Alamin.”

Selesai sahaja aku berdoa, lantasku menghamparkan tubuhku sambilku membasahkan bibirku dengan zikrullah. Perlahan-lahan mataku layu dan sebelum itu aku berharap dengan doaku tadi dimakbulkan olehNya sebagaimana Dia mengkabuli doa orang-orang yang dizalimi. “tuppp!” tertutup segala suis pancainderaku.
Selasa, 5 Jun 2012
Posted by alifmimra

Popular Post

Blogroll

Blogger news

- Copyright © Portal Pena Dakwah -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -