Posted by : alifmimra Isnin, 2 Jun 2014

Hukum Melihat Pasangan yang Ingin Dinikahi

Harus berdasarkan syariat Islam bagi pasangan yang ingin bernikah melihat di antara satu sama lain sebelum menyempurnakan akad di antara pasangan tersebut. Harus bagi lelaki melihat bakal isterinya dan harus perempuan melihat bakal suaminya. Bahkan harus kepada mereka melihat berkali-kali sehingga yakin siapa bakal suami atau isterinya supaya kedua-dua memiliki keserasian untuk berpasangan. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Lihatlah kepadanya(wanita) kerana ia lebih baik untuk berkekalan kasih sayang di antara kamu berdua” (Riwayat Al-Baihaqi)

Batasan dan Hikmah Keharusan Melihat Pasangan yang Ingin Dinikahi

Terdapat perbezaan pendapat dikalangan para ulamak mengenai batasan melihat pasangan yang ingin dinikahi. Antaranya:

1)    Jumhur fuqaha’ bersepakat harus bagi lelaki untuk melihat bakal isterinya pada wajah dan kedua tapak tangan. Hikmahnya adalah:

i)    Wajah: Faktor utama kepada kecantikan seseorang

ii)   Tapak tangan: Menunjukkan kepada kecantikan keseluruhan tubuh badannya dan kelansingannya sepertimana firman Allah S.W.T:

“...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir padanya....” (Surah An-Nur : 31)

2)    Sesetengah dikalangan ulamak mazhab Hanafi berpendapat bahawasanya harus melihat kedua tapak kakinya supaya lebih mengenalinya.

3)    Dikalangan ulamak mazhab Imam Ahmad berpendapat harus bagi lelaki melihat tubuh yang sering dilihat secara zahir iaitu wajah, leher dan bahu.

4)    Pendapat Daud Az-Zohiri mengatakan harus melihat kepada seluruh bentuk tubuh badannya kecuali kemaluannya.

5)    Pendapat Auza’i mengatakan harus keseluruh tempat-tempat yang berdaging.


Rujukan: Kitab Al-Ahwal Syakhsiah Fi Syariatil Islamiyyah karangan Dr. Muhammad Abdu Sattar Al-Jibali, Pensyarah dan Ketua Jabatan Fiqh dan Kulliyyah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Blogroll

Blogger news

- Copyright © Portal Pena Dakwah -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -