- Back to Home »
- Sejarah Pembatalan Tahaluf Siyasi, Satu Pengajaran
Posted by : alifmimra
Selasa, 30 September 2014
Islam merupakan agama yang mencangkupi seluruh aspek kehidupan, sebagai sebuah cara hidup yang berpaksikan syariat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan petunjuk Rasulullah S.A.W. Seperti firman Allah S.W.T:
Antara salah satu aspek yang menjadi penekanan di dalam Islam adalah aspek politik ataupun pemerintahan. Dalam aspek ini, ianya memerlukan seni dan juga strategi yang menatijahkan matlamat yang baik demi kebaikan manusia. Namun, di sebalik strategi yang diatur, ianya tidak terlepas daripada paksi yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sepertimana yang dipetik daripada Imam Syafie Rahimahullah:
Justeru, setiap perencanaan politik yang dilakukan perlu mengikut garis panduan syara’ yang ditetapkan. Sekiranya strategi tersebut bercanggah dengan syara’, maka perkara tersebut perlu ditolak walaupun memberi kebaikan kepada manusia.
Tahaluf Siyasi, Strategi yang Diharuskan
Pendekatan Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang direncanakan oleh kepimpinan politik mutakhir ini merupakan strategi yang diharuskan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Antaranya peristiwa hilful fudhul, hilful mutayyibin, jaminan perlindungan daripada Mut’im Bin Adiyy, perjanjian dengan kaum yahudi ketika pembinaan negara Islam di Madinah dan sebagainya. Ianya membuka ruang politik yang luas kepada Rasulullah S.A.W. dalam melebarkan dakwah Islam.
Namun, pendekatan ini bukanlah merupakan sebuah matlamat asas yang mesti dicapai, akan tetapi sebagai satu strategi supaya Islam dapat ditegakkan. Pendekatan tahaluf siyasi ini boleh diambil daripada sepotong hadis Rasulullah S.A.W:
“Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan.”
Hadis di atas memberi keterangan bahawa mana-mana bentuk kerjasama politik di zaman jahiliyyah seperti contoh peristiwa Hilful Fudhul yang mendorong ke arah kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Dikalangan para ulamak berpendapat bahawa tahaluf siyasi diharuskan sepertimana pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Munir Muhammad Al-Ghadban. Ini kerana perlu difahami bahawa kerjasama ini adalah kerjasama politik semata-mata demi mencapai sebuah negara yang sejahtera, bukan kerjasama aqidah. Firman Allah S.WT:
Dalam tahaluf siyasi, ianya perlu berpandukan syarat serta etika yang ditetapkan. Setiap persepakatan yang dilakukan sama ada dengan organisasi Islam ataupun bukan Islam, bukanlah menjurus ke arah permusuhan dan peperangan. Sebaliknya, persepakatan yang diharuskan oleh Islam adalah menjurus ke arah kebajikan dan kepentingan (maslahah umum). Firman Allah S.W.T:
Kerjasama ke arah kebajikan ini juga tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka sekiranya salah satu pihak mengkhianati perjanjian ini, maka akan terbatallah kerjasama ini kerana adanya pihak yang memungkiri lantas memberi kemudharatan kepada pihak lain. Tidak hairanlah, baginda Nabi S.A.W membatalkan persepakatan politik yang dilakukan bersama ketika zaman tersebut, akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan lantas memutuskan untuk memerangi mereka.
Rasulullah S.A.W Melakukan Kerjasama Politik Dengan Golongan Yahudi
Sirah Rasulullah S.A.W adalah menjadi rujukan asas kepada pembatalan tahaluf ini. Pembatalan tahaluf yang terbesar yang dilakukan oleh Rasulullah adalah terhadap kaum yahudi ketika terbinanya negara Islam di Madinah.
Ketika pembinaan negara Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W menyusun struktur politik dan masyarakat dengan baik. Penyusunan tersebut meliputi seluruh penduduk Madinah sama ada di kalangan orang Islam dan bukan Islam dengan tujuan ingin membina keharmonian di antara mereka. Baginda telah menggariskan beberapa peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi dan tidak bersifat ke zalim ke atas sesuatu pihak. Dalam menyusun peraturan-peraturan tersebut, di sana dicipta sebuah perjanjian yang dinamakan piagam Madinah yang menjadi perundangan politik umat Islam dalam mentadbir negara.
Golongan bukan Islam yang menduduki Madinah ketika itu adalah golongan yahudi yang meskipun mempunyai kerjasama terhadap Islam, namun mereka tidak lagi menunjukkan penentangan serta permusuhan. Justeru, Nabi Muhammad S.A.W memeteraikan perjanjian dengan mereka dengan memberikan kebebasan kepada mereka dalam urusan keagamaan dan perniagaan. Antara salah satu isi kandungan di dalam perjanjian tersebut ialah:
“Bahawa kaum Yahudi dari Bani ‘Auf adalah satu umat yang bersama-sama orang mu’min, bagi mereka, kebebasan menganut agama mereka dan orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang yang berada di bawah mereka dan diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya.”
Rasulullah S.A.W ketika itu tidak bersikap prejudis dengan mengambil tindakan politik untuk menghalau dan merampas harta-harta mereka, namun demi keharmonian yang ingin dicapai, maka perjanjian tersebut menjadi garis panduan kepada mereka.
Yahudi Pencetus Pengkhianatan Tahaluf Siyasi
Golongan yahudi menyimpan dendam kesumat terhadap Islam sejak dulu hingga ke hari ini. Tidak hairanlah pada zaman Rasulullah, mereka melanggar perjanjian kerjasama yang telah termeterai dek hasad dengki dan permusuhan yang dipendam kerana melihat Islam berdiri di atas. Firman Allah S.W.T:
Kerjasama tahaluf ini mula longgar apabila tercetusnya permusuhan yang dilakukan sendiri oleh golongan Yahudi, kabilah demi kabilah. Antara faktor permusuhan ini adalah:
1) Kemenangan tentera Islam ke atas kaum musyrikin Quraisy pada peperangan Badar Al-Kubra
2) Peristiwa tercetusnya peperangan bani Qainuqa’
3) Peperangan Bani Nadhir
Justeru, dengan tercetusnya permusuhan dan hasad dengki mereka kepada orang Islam, maka bermula pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka sehingga mencetuskan peperangan yang dahsyat seperti peperangan Bani Qainuqa’, peperangan Al-Sawiq, peperangan Bani Nadhir, peperangan Ahzab dan akhirnya peperangan Khaibar. Dalam hal ini, Allah S.W.T merakamkan kisah pengkhianatan mereka di dalam Al-Quran:
Ianya sekaligus memberi isyarat kepada Rasulullah S.A.W untuk membuat pendirian dalam meninggalkan tahaluf yang dilakukan serta memerangi mereka demi mempertahankan kedaulatan Islam.
Perjanjian Hudaibiyah, Persepakatan Berakhir Di Pertengahan
Selepas peristiwa Baiatu Ridhwan sekitar tahun keenam hijrah, Rasulullah S.A.W melaksanakan strategi politiknya dengan bersetuju untuk membuat rundingan bersama dengan musyrikin Quraisy di Mekah yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Lalu pihak musrikin Quraisy menghantar utusannya, Suhail Bin ‘Amru untuk mengikat perjanjian rundingan yang dilakukan bersama umat Islam ketika itu. Antara isi perjanjian tersebut ialah:
1) Genjatan senjata di antara kedua-dua pihak selama 10 tahun
2) Sesiapa yang ingin mengikat perjanjian dengan Nabi Muhammad bolehlah ia melakukannya dan sesiapa yang mahu mengadakan ikatan perjanjian dengan Quraisy bolehlah ia mengadakannya.
3) Mana-mana yang bergabung dengan mana-mana pihak daripada dua pihak ini dianggap sebagai satu bahagian daripadanya.
4) Mana-mana pencerobohan yang dihadapi oleh mana-mana mereka yang ada hubungan itu, maka ianya dianggap menceroboh ke atas pihak yang berkenaan.
Walaupun isi perjanjian Hudaibiyah ini dianggap menyebelahi pihak musyrikin Quraisy, namun ianya tidak menjadi masalah bagi Rasulullah S.A.W. Walaupun strategi politik ini sukar untuk dijangkakan, namun hakikatnya umat Islam menghampiri kemenangan dengan memasuki Mekah.
Punca Pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah
Meskipun rundingan damai ini mengambil tempoh selama sepuluh tahun genjatan senjata yang dilakukan, namun ianya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Ianya berpunca daripada permusuhan dan dendam yang tersimpan di kalangan Bani Bakr yang menyebelahi kaum Musyrikin Quraisy dengan Bani Khuza’ah yang menyebelahi kaum Muslimin.
Berdasarkan perjanjian yang termeterai, pencerobohan yang dilakukan oleh mana-mana kabilah yang menyertai dua pihak ini adalah dianggap sebagai pelanggaran ke atas pihak berkenaan secara langsung. Maka, Bani Bakr telah memulakan pencerobohan ke atas Bani Khuza’ah dengan bantuan tentera Quraisy yang diketuai oleh Naufal Bin Muawiyah Ad-Daili daripada Bani Bakr. Pihak Quraisy yang telah memulakan pelanggaran perjanjian ini sepertimana firman Allah S.W.T:
أَلَا تُقَاتِلُونَ قَوْمًا نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ وَهَمُّوا بِإِخْرَاجِ الرَّسُولِ وَهُمْ بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ أَتَخْشَوْنَهُمْ ۚ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَوْهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?”
Maka secara automatik, perjanjian Hudaibiyah yang telah termeterai dahulu telah dilanggar dan dikhianati akibat daripada pencerobohan ini yang membawa kepada pendirian Rasulullah S.A.W ke arah peperangan yang dinamakan Fathu Makkah.
Kesimpulan
Kerjasama politik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawasanya ianya bukanlah bersifat kekal akan tetapi bersifat sementara dan berubah-ubah. Pendekatan ini bukanlah satu matlamat yang jelas untuk dicapai, akan tetapi merupakan wasilah kepada kejayaan dan kedaulatan. Berdasarkan pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap perjanjian yang dilakukan, menunjukkan sikap Rasulullah S.A.W begitu tegas dengan prinsip perjuangan yang dibawa.
Oleh sebab itu, setiap gerakan Islam perlu memahami konsep strategi dan matlamat supaya tidak tersasar daripada landasan perjuangan yang sebenar. Bahkan memahami dan perlu jelas berkenaan dengan sifat pendekatan politik itu yang berubah-ubah mengikut suasana dan zaman.
Amar Arif Bin Ahmad Po’aad
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2014
Rujukan:
1) Kitab At-Tahaluf As-siyasi fil Islam – Dr. Munir Muhammad Al-Ghadban
2) Kitab Ghazwaturrasul, Durus wa ibar wa fawaid – Dr. Ali Muhammad As-solabi
3) Kitab Ar-Rahiqul Makhtum – Syeikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri
4) Fiqhul Harakah Fi Siratinnabawiyyah – Syeikh Abdul Hadi Awang
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.”
( Surah An-Nahl : 89 )
Antara salah satu aspek yang menjadi penekanan di dalam Islam adalah aspek politik ataupun pemerintahan. Dalam aspek ini, ianya memerlukan seni dan juga strategi yang menatijahkan matlamat yang baik demi kebaikan manusia. Namun, di sebalik strategi yang diatur, ianya tidak terlepas daripada paksi yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sepertimana yang dipetik daripada Imam Syafie Rahimahullah:
”لا سياسة الا ما وافق الشرع”
“Tidaklah politik itu melainkan apa yang menepati Syara’”
Justeru, setiap perencanaan politik yang dilakukan perlu mengikut garis panduan syara’ yang ditetapkan. Sekiranya strategi tersebut bercanggah dengan syara’, maka perkara tersebut perlu ditolak walaupun memberi kebaikan kepada manusia.
Tahaluf Siyasi, Strategi yang Diharuskan
Pendekatan Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang direncanakan oleh kepimpinan politik mutakhir ini merupakan strategi yang diharuskan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Antaranya peristiwa hilful fudhul, hilful mutayyibin, jaminan perlindungan daripada Mut’im Bin Adiyy, perjanjian dengan kaum yahudi ketika pembinaan negara Islam di Madinah dan sebagainya. Ianya membuka ruang politik yang luas kepada Rasulullah S.A.W. dalam melebarkan dakwah Islam.
وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).”
(Surah At-taubah : 6)
Namun, pendekatan ini bukanlah merupakan sebuah matlamat asas yang mesti dicapai, akan tetapi sebagai satu strategi supaya Islam dapat ditegakkan. Pendekatan tahaluf siyasi ini boleh diambil daripada sepotong hadis Rasulullah S.A.W:
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
( Riwayat Abu Daud )
Hadis di atas memberi keterangan bahawa mana-mana bentuk kerjasama politik di zaman jahiliyyah seperti contoh peristiwa Hilful Fudhul yang mendorong ke arah kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Dikalangan para ulamak berpendapat bahawa tahaluf siyasi diharuskan sepertimana pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Munir Muhammad Al-Ghadban. Ini kerana perlu difahami bahawa kerjasama ini adalah kerjasama politik semata-mata demi mencapai sebuah negara yang sejahtera, bukan kerjasama aqidah. Firman Allah S.WT:
كَيْفَ يَكُونُ لِلْمُشْرِكِينَ عَهْدٌ عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ رَسُولِهِ إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۖ
فَمَا اسْتَقَامُوا لَكُمْ فَاسْتَقِيمُوا لَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
“Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.”
( Surah At-taubah : 7)
Dalam tahaluf siyasi, ianya perlu berpandukan syarat serta etika yang ditetapkan. Setiap persepakatan yang dilakukan sama ada dengan organisasi Islam ataupun bukan Islam, bukanlah menjurus ke arah permusuhan dan peperangan. Sebaliknya, persepakatan yang diharuskan oleh Islam adalah menjurus ke arah kebajikan dan kepentingan (maslahah umum). Firman Allah S.W.T:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
”Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(Surah Al-Maidah : 2)
Kerjasama ke arah kebajikan ini juga tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka sekiranya salah satu pihak mengkhianati perjanjian ini, maka akan terbatallah kerjasama ini kerana adanya pihak yang memungkiri lantas memberi kemudharatan kepada pihak lain. Tidak hairanlah, baginda Nabi S.A.W membatalkan persepakatan politik yang dilakukan bersama ketika zaman tersebut, akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan lantas memutuskan untuk memerangi mereka.
Rasulullah S.A.W Melakukan Kerjasama Politik Dengan Golongan Yahudi
Sirah Rasulullah S.A.W adalah menjadi rujukan asas kepada pembatalan tahaluf ini. Pembatalan tahaluf yang terbesar yang dilakukan oleh Rasulullah adalah terhadap kaum yahudi ketika terbinanya negara Islam di Madinah.
Ketika pembinaan negara Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W menyusun struktur politik dan masyarakat dengan baik. Penyusunan tersebut meliputi seluruh penduduk Madinah sama ada di kalangan orang Islam dan bukan Islam dengan tujuan ingin membina keharmonian di antara mereka. Baginda telah menggariskan beberapa peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi dan tidak bersifat ke zalim ke atas sesuatu pihak. Dalam menyusun peraturan-peraturan tersebut, di sana dicipta sebuah perjanjian yang dinamakan piagam Madinah yang menjadi perundangan politik umat Islam dalam mentadbir negara.
Golongan bukan Islam yang menduduki Madinah ketika itu adalah golongan yahudi yang meskipun mempunyai kerjasama terhadap Islam, namun mereka tidak lagi menunjukkan penentangan serta permusuhan. Justeru, Nabi Muhammad S.A.W memeteraikan perjanjian dengan mereka dengan memberikan kebebasan kepada mereka dalam urusan keagamaan dan perniagaan. Antara salah satu isi kandungan di dalam perjanjian tersebut ialah:
“Bahawa kaum Yahudi dari Bani ‘Auf adalah satu umat yang bersama-sama orang mu’min, bagi mereka, kebebasan menganut agama mereka dan orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang yang berada di bawah mereka dan diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya.”
Rasulullah S.A.W ketika itu tidak bersikap prejudis dengan mengambil tindakan politik untuk menghalau dan merampas harta-harta mereka, namun demi keharmonian yang ingin dicapai, maka perjanjian tersebut menjadi garis panduan kepada mereka.
Yahudi Pencetus Pengkhianatan Tahaluf Siyasi
Golongan yahudi menyimpan dendam kesumat terhadap Islam sejak dulu hingga ke hari ini. Tidak hairanlah pada zaman Rasulullah, mereka melanggar perjanjian kerjasama yang telah termeterai dek hasad dengki dan permusuhan yang dipendam kerana melihat Islam berdiri di atas. Firman Allah S.W.T:
وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Surah Al-Baqarah : 120)
Kerjasama tahaluf ini mula longgar apabila tercetusnya permusuhan yang dilakukan sendiri oleh golongan Yahudi, kabilah demi kabilah. Antara faktor permusuhan ini adalah:
1) Kemenangan tentera Islam ke atas kaum musyrikin Quraisy pada peperangan Badar Al-Kubra
2) Peristiwa tercetusnya peperangan bani Qainuqa’
3) Peperangan Bani Nadhir
Justeru, dengan tercetusnya permusuhan dan hasad dengki mereka kepada orang Islam, maka bermula pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka sehingga mencetuskan peperangan yang dahsyat seperti peperangan Bani Qainuqa’, peperangan Al-Sawiq, peperangan Bani Nadhir, peperangan Ahzab dan akhirnya peperangan Khaibar. Dalam hal ini, Allah S.W.T merakamkan kisah pengkhianatan mereka di dalam Al-Quran:
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.”
( Surah Al-Anfal : 58 )
Ianya sekaligus memberi isyarat kepada Rasulullah S.A.W untuk membuat pendirian dalam meninggalkan tahaluf yang dilakukan serta memerangi mereka demi mempertahankan kedaulatan Islam.
Perjanjian Hudaibiyah, Persepakatan Berakhir Di Pertengahan
Selepas peristiwa Baiatu Ridhwan sekitar tahun keenam hijrah, Rasulullah S.A.W melaksanakan strategi politiknya dengan bersetuju untuk membuat rundingan bersama dengan musyrikin Quraisy di Mekah yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Lalu pihak musrikin Quraisy menghantar utusannya, Suhail Bin ‘Amru untuk mengikat perjanjian rundingan yang dilakukan bersama umat Islam ketika itu. Antara isi perjanjian tersebut ialah:
1) Genjatan senjata di antara kedua-dua pihak selama 10 tahun
2) Sesiapa yang ingin mengikat perjanjian dengan Nabi Muhammad bolehlah ia melakukannya dan sesiapa yang mahu mengadakan ikatan perjanjian dengan Quraisy bolehlah ia mengadakannya.
3) Mana-mana yang bergabung dengan mana-mana pihak daripada dua pihak ini dianggap sebagai satu bahagian daripadanya.
4) Mana-mana pencerobohan yang dihadapi oleh mana-mana mereka yang ada hubungan itu, maka ianya dianggap menceroboh ke atas pihak yang berkenaan.
Walaupun isi perjanjian Hudaibiyah ini dianggap menyebelahi pihak musyrikin Quraisy, namun ianya tidak menjadi masalah bagi Rasulullah S.A.W. Walaupun strategi politik ini sukar untuk dijangkakan, namun hakikatnya umat Islam menghampiri kemenangan dengan memasuki Mekah.
Punca Pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah
Meskipun rundingan damai ini mengambil tempoh selama sepuluh tahun genjatan senjata yang dilakukan, namun ianya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Ianya berpunca daripada permusuhan dan dendam yang tersimpan di kalangan Bani Bakr yang menyebelahi kaum Musyrikin Quraisy dengan Bani Khuza’ah yang menyebelahi kaum Muslimin.
Berdasarkan perjanjian yang termeterai, pencerobohan yang dilakukan oleh mana-mana kabilah yang menyertai dua pihak ini adalah dianggap sebagai pelanggaran ke atas pihak berkenaan secara langsung. Maka, Bani Bakr telah memulakan pencerobohan ke atas Bani Khuza’ah dengan bantuan tentera Quraisy yang diketuai oleh Naufal Bin Muawiyah Ad-Daili daripada Bani Bakr. Pihak Quraisy yang telah memulakan pelanggaran perjanjian ini sepertimana firman Allah S.W.T:
أَلَا تُقَاتِلُونَ قَوْمًا نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ وَهَمُّوا بِإِخْرَاجِ الرَّسُولِ وَهُمْ بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ أَتَخْشَوْنَهُمْ ۚ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَوْهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?”
(Surah At-taubah : 13)