Adab Membaca Al-Quran
Diriwayat daripada Saidina Uthman Bin Affan R.A berkata:
Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Sebaik-baik daripada kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran.”
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi cahaya petunjuk kepada umat manusia. Maka, umat Islam wajib untuk mengikut isi yang terkandung di dalam Al-Quran supaya ianya menjadi panduan sepanjang hidup hatta di akhirat kelak.
Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang agung perlu dijaga akan ketulenannya dan menjaga adab-adab dalam membaca dan mempelajarinya. Rasulullah S.A.W pernah membahagikan golongan yang membaca Al-Quran ini kepada beberapa bahagian. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mu’min yang rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah Al-Atrujah yang mana aromanya yang wangi dan rasanya yang sedap, dan perumpamaan orang mu’min yang tidak rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah tamar yang mana tiada aromanya dan rasanya yang manis, dan perumpamaan orang munafiq yang rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah Raihanah yang mana aromanya yang wangi dan rasanya yang pahit manakala perumpamaan bagi orang munafiq yang tidak rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah Hanzhalah yang mana tidak mempunyai aroma dan rasanya yang pahit."
Untuk menjadi mu’min yang berpegang teguh dengan Al-Quran serta mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya, tidak dapat tidak perlu untuk kita mengetahui akan adab-adab serta tatacara untuk membaca serta mempelajarinya. Rasulullah S.A.W menekankan beberapa adab yang perlu umat Islam lakukan dalam mempelajari Al-Quran. Antaranya:
1) Mengikhlaskan niat hanya kerana Allah S.W.T
- Perlu meletakkan niat yang asas hanya semata-mata untuk menambahkan ketaatan dan taqarrub pada Allah S.W.T.
2) Bersih daripada segala hadas sama ada hadas kecil atau hadas besar.
- Para ulama’ bersepakat bahawa harus bagi umat Islam membaca Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil kecuali hadas besar sama ada junub atau haidh. Akan tetapi, ianya bukan bermakna menghalang umat Islam untuk tidak membaca Al-Quran secara langsung. Bagi mereka yang dalam keadaan hadas besar, harus bagi mereka melihat ayat Al-Quran untuk membacanya dan menggunakan suara hati tanpa melafazkan ayat Al-Quran tersebut.
3) Menghadap qiblat
- Disunatkan bagi kita membaca Al-Quran dengan menghadap qiblat selain solat sepertimana hadis baginda Nabi S.A.W: “Sebaik-baik majlis adalah menghadap qiblat.”
4) Membaca Isti’azah (memohon perlindungan)
- Menurut jumhur ulama’, disyariatkan membaca isti’azah untuk memohon perlindungan Allah S.W.T daripada syaitan sepertimana firmanNya yang bermaksud: “Apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah daripada Syaitan yang direjam” (Surah An-Nahl : 98)
5) Membaca basmalah dipermulaan surah kecuali surah At-Taubah
6) Membaca ditempat yang bersih seperti masjid, surau, bilik yang bersih dan sebagainya.
7) Disunatkan bersiwak (sugi)
8) Mentadabbur ayat Al-Quran, sepertimana firman Allah:
“Al-Quran ini adalah kitab yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) yang banyak faedah serta manfaatnya, untuk memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya…"
9) Membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan berlagu. Sepertimana sabda Nabi S.A.W:
“ Hiasilah (melagukan) Al-Quran dengan suaramu.” (Riwayat Abu Daud)
10) Membaca Al-Quran dengan tartil.
Firman Allah S.W.T: “Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.
Ummu Salamah pernah ditanya akan cara Nabi S.A.W membaca Al-Quran, lalu Ummu Salamah menjawab:“Rasulullah S.A.W membaca Al-Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan.”
Tartil yang dimaksudkan di sini adalah membaca dengan jelas mengikut kaedah tajwid dan sebutan huruf yang betul. Ulama’ berpandangan bawa disunatkan untuk tartil dalam bacaan bertujuan untuk mentadabbur dan memahami ayat lebih-lebih lagi daripada kalangan bukan arab (a’jamiyy).
Secara kesimpulan yang boleh kita ambil, dalam berpegang kepada ajaran Allah S.W.T, maka perlulah kita untuk menjaga adab kita dalam mempelajari ‘perlembagaan teragung’ yang telah diturunkan kepada rasulNya, Nabi Muhammad S.A.W. Berdasarkan kaedah serta adab yang ditekankan oleh baginda, maka perlulah kita mengikuti sunnah tersebut, supaya Al-Quran ini akan menjadi pegangan teguh yang tersemat di dalam hati kita selaku seorang muslim yang beriman.
Amar Arif Bin Ahmad Po’aad
Ketua Badan Penerangan & Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2014
Rujukan:
At-tibyan fi hamlatil Quran – Imam Nawawi Rahimahullah

(Riwayat Bukhari)

(Riwayat Bukhari & Muslim)

(Surah Shod: 29)

Sejarah Pembatalan Tahaluf Siyasi, Satu Pengajaran
Islam merupakan agama yang mencangkupi seluruh aspek kehidupan, sebagai sebuah cara hidup yang berpaksikan syariat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan petunjuk Rasulullah S.A.W. Seperti firman Allah S.W.T:
Antara salah satu aspek yang menjadi penekanan di dalam Islam adalah aspek politik ataupun pemerintahan. Dalam aspek ini, ianya memerlukan seni dan juga strategi yang menatijahkan matlamat yang baik demi kebaikan manusia. Namun, di sebalik strategi yang diatur, ianya tidak terlepas daripada paksi yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sepertimana yang dipetik daripada Imam Syafie Rahimahullah:
Justeru, setiap perencanaan politik yang dilakukan perlu mengikut garis panduan syara’ yang ditetapkan. Sekiranya strategi tersebut bercanggah dengan syara’, maka perkara tersebut perlu ditolak walaupun memberi kebaikan kepada manusia.
Tahaluf Siyasi, Strategi yang Diharuskan
Pendekatan Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang direncanakan oleh kepimpinan politik mutakhir ini merupakan strategi yang diharuskan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Antaranya peristiwa hilful fudhul, hilful mutayyibin, jaminan perlindungan daripada Mut’im Bin Adiyy, perjanjian dengan kaum yahudi ketika pembinaan negara Islam di Madinah dan sebagainya. Ianya membuka ruang politik yang luas kepada Rasulullah S.A.W. dalam melebarkan dakwah Islam.
Namun, pendekatan ini bukanlah merupakan sebuah matlamat asas yang mesti dicapai, akan tetapi sebagai satu strategi supaya Islam dapat ditegakkan. Pendekatan tahaluf siyasi ini boleh diambil daripada sepotong hadis Rasulullah S.A.W:
“Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan.”
Hadis di atas memberi keterangan bahawa mana-mana bentuk kerjasama politik di zaman jahiliyyah seperti contoh peristiwa Hilful Fudhul yang mendorong ke arah kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Dikalangan para ulamak berpendapat bahawa tahaluf siyasi diharuskan sepertimana pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Munir Muhammad Al-Ghadban. Ini kerana perlu difahami bahawa kerjasama ini adalah kerjasama politik semata-mata demi mencapai sebuah negara yang sejahtera, bukan kerjasama aqidah. Firman Allah S.WT:
Dalam tahaluf siyasi, ianya perlu berpandukan syarat serta etika yang ditetapkan. Setiap persepakatan yang dilakukan sama ada dengan organisasi Islam ataupun bukan Islam, bukanlah menjurus ke arah permusuhan dan peperangan. Sebaliknya, persepakatan yang diharuskan oleh Islam adalah menjurus ke arah kebajikan dan kepentingan (maslahah umum). Firman Allah S.W.T:
Kerjasama ke arah kebajikan ini juga tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka sekiranya salah satu pihak mengkhianati perjanjian ini, maka akan terbatallah kerjasama ini kerana adanya pihak yang memungkiri lantas memberi kemudharatan kepada pihak lain. Tidak hairanlah, baginda Nabi S.A.W membatalkan persepakatan politik yang dilakukan bersama ketika zaman tersebut, akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan lantas memutuskan untuk memerangi mereka.
Rasulullah S.A.W Melakukan Kerjasama Politik Dengan Golongan Yahudi
Sirah Rasulullah S.A.W adalah menjadi rujukan asas kepada pembatalan tahaluf ini. Pembatalan tahaluf yang terbesar yang dilakukan oleh Rasulullah adalah terhadap kaum yahudi ketika terbinanya negara Islam di Madinah.
Ketika pembinaan negara Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W menyusun struktur politik dan masyarakat dengan baik. Penyusunan tersebut meliputi seluruh penduduk Madinah sama ada di kalangan orang Islam dan bukan Islam dengan tujuan ingin membina keharmonian di antara mereka. Baginda telah menggariskan beberapa peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi dan tidak bersifat ke zalim ke atas sesuatu pihak. Dalam menyusun peraturan-peraturan tersebut, di sana dicipta sebuah perjanjian yang dinamakan piagam Madinah yang menjadi perundangan politik umat Islam dalam mentadbir negara.
Golongan bukan Islam yang menduduki Madinah ketika itu adalah golongan yahudi yang meskipun mempunyai kerjasama terhadap Islam, namun mereka tidak lagi menunjukkan penentangan serta permusuhan. Justeru, Nabi Muhammad S.A.W memeteraikan perjanjian dengan mereka dengan memberikan kebebasan kepada mereka dalam urusan keagamaan dan perniagaan. Antara salah satu isi kandungan di dalam perjanjian tersebut ialah:
“Bahawa kaum Yahudi dari Bani ‘Auf adalah satu umat yang bersama-sama orang mu’min, bagi mereka, kebebasan menganut agama mereka dan orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang yang berada di bawah mereka dan diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya.”
Rasulullah S.A.W ketika itu tidak bersikap prejudis dengan mengambil tindakan politik untuk menghalau dan merampas harta-harta mereka, namun demi keharmonian yang ingin dicapai, maka perjanjian tersebut menjadi garis panduan kepada mereka.
Yahudi Pencetus Pengkhianatan Tahaluf Siyasi
Golongan yahudi menyimpan dendam kesumat terhadap Islam sejak dulu hingga ke hari ini. Tidak hairanlah pada zaman Rasulullah, mereka melanggar perjanjian kerjasama yang telah termeterai dek hasad dengki dan permusuhan yang dipendam kerana melihat Islam berdiri di atas. Firman Allah S.W.T:
Kerjasama tahaluf ini mula longgar apabila tercetusnya permusuhan yang dilakukan sendiri oleh golongan Yahudi, kabilah demi kabilah. Antara faktor permusuhan ini adalah:
1) Kemenangan tentera Islam ke atas kaum musyrikin Quraisy pada peperangan Badar Al-Kubra
2) Peristiwa tercetusnya peperangan bani Qainuqa’
3) Peperangan Bani Nadhir
Justeru, dengan tercetusnya permusuhan dan hasad dengki mereka kepada orang Islam, maka bermula pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka sehingga mencetuskan peperangan yang dahsyat seperti peperangan Bani Qainuqa’, peperangan Al-Sawiq, peperangan Bani Nadhir, peperangan Ahzab dan akhirnya peperangan Khaibar. Dalam hal ini, Allah S.W.T merakamkan kisah pengkhianatan mereka di dalam Al-Quran:
Ianya sekaligus memberi isyarat kepada Rasulullah S.A.W untuk membuat pendirian dalam meninggalkan tahaluf yang dilakukan serta memerangi mereka demi mempertahankan kedaulatan Islam.
Perjanjian Hudaibiyah, Persepakatan Berakhir Di Pertengahan
Selepas peristiwa Baiatu Ridhwan sekitar tahun keenam hijrah, Rasulullah S.A.W melaksanakan strategi politiknya dengan bersetuju untuk membuat rundingan bersama dengan musyrikin Quraisy di Mekah yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Lalu pihak musrikin Quraisy menghantar utusannya, Suhail Bin ‘Amru untuk mengikat perjanjian rundingan yang dilakukan bersama umat Islam ketika itu. Antara isi perjanjian tersebut ialah:
1) Genjatan senjata di antara kedua-dua pihak selama 10 tahun
2) Sesiapa yang ingin mengikat perjanjian dengan Nabi Muhammad bolehlah ia melakukannya dan sesiapa yang mahu mengadakan ikatan perjanjian dengan Quraisy bolehlah ia mengadakannya.
3) Mana-mana yang bergabung dengan mana-mana pihak daripada dua pihak ini dianggap sebagai satu bahagian daripadanya.
4) Mana-mana pencerobohan yang dihadapi oleh mana-mana mereka yang ada hubungan itu, maka ianya dianggap menceroboh ke atas pihak yang berkenaan.
Walaupun isi perjanjian Hudaibiyah ini dianggap menyebelahi pihak musyrikin Quraisy, namun ianya tidak menjadi masalah bagi Rasulullah S.A.W. Walaupun strategi politik ini sukar untuk dijangkakan, namun hakikatnya umat Islam menghampiri kemenangan dengan memasuki Mekah.
Punca Pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah
Meskipun rundingan damai ini mengambil tempoh selama sepuluh tahun genjatan senjata yang dilakukan, namun ianya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Ianya berpunca daripada permusuhan dan dendam yang tersimpan di kalangan Bani Bakr yang menyebelahi kaum Musyrikin Quraisy dengan Bani Khuza’ah yang menyebelahi kaum Muslimin.
Berdasarkan perjanjian yang termeterai, pencerobohan yang dilakukan oleh mana-mana kabilah yang menyertai dua pihak ini adalah dianggap sebagai pelanggaran ke atas pihak berkenaan secara langsung. Maka, Bani Bakr telah memulakan pencerobohan ke atas Bani Khuza’ah dengan bantuan tentera Quraisy yang diketuai oleh Naufal Bin Muawiyah Ad-Daili daripada Bani Bakr. Pihak Quraisy yang telah memulakan pelanggaran perjanjian ini sepertimana firman Allah S.W.T:
أَلَا تُقَاتِلُونَ قَوْمًا نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ وَهَمُّوا بِإِخْرَاجِ الرَّسُولِ وَهُمْ بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ أَتَخْشَوْنَهُمْ ۚ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَوْهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?”
Maka secara automatik, perjanjian Hudaibiyah yang telah termeterai dahulu telah dilanggar dan dikhianati akibat daripada pencerobohan ini yang membawa kepada pendirian Rasulullah S.A.W ke arah peperangan yang dinamakan Fathu Makkah.
Kesimpulan
Kerjasama politik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawasanya ianya bukanlah bersifat kekal akan tetapi bersifat sementara dan berubah-ubah. Pendekatan ini bukanlah satu matlamat yang jelas untuk dicapai, akan tetapi merupakan wasilah kepada kejayaan dan kedaulatan. Berdasarkan pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap perjanjian yang dilakukan, menunjukkan sikap Rasulullah S.A.W begitu tegas dengan prinsip perjuangan yang dibawa.
Oleh sebab itu, setiap gerakan Islam perlu memahami konsep strategi dan matlamat supaya tidak tersasar daripada landasan perjuangan yang sebenar. Bahkan memahami dan perlu jelas berkenaan dengan sifat pendekatan politik itu yang berubah-ubah mengikut suasana dan zaman.
Amar Arif Bin Ahmad Po’aad
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2014
Rujukan:
1) Kitab At-Tahaluf As-siyasi fil Islam – Dr. Munir Muhammad Al-Ghadban
2) Kitab Ghazwaturrasul, Durus wa ibar wa fawaid – Dr. Ali Muhammad As-solabi
3) Kitab Ar-Rahiqul Makhtum – Syeikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri
4) Fiqhul Harakah Fi Siratinnabawiyyah – Syeikh Abdul Hadi Awang
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.”
( Surah An-Nahl : 89 )
Antara salah satu aspek yang menjadi penekanan di dalam Islam adalah aspek politik ataupun pemerintahan. Dalam aspek ini, ianya memerlukan seni dan juga strategi yang menatijahkan matlamat yang baik demi kebaikan manusia. Namun, di sebalik strategi yang diatur, ianya tidak terlepas daripada paksi yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sepertimana yang dipetik daripada Imam Syafie Rahimahullah:
”لا سياسة الا ما وافق الشرع”
“Tidaklah politik itu melainkan apa yang menepati Syara’”
Justeru, setiap perencanaan politik yang dilakukan perlu mengikut garis panduan syara’ yang ditetapkan. Sekiranya strategi tersebut bercanggah dengan syara’, maka perkara tersebut perlu ditolak walaupun memberi kebaikan kepada manusia.
Tahaluf Siyasi, Strategi yang Diharuskan
Pendekatan Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang direncanakan oleh kepimpinan politik mutakhir ini merupakan strategi yang diharuskan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Antaranya peristiwa hilful fudhul, hilful mutayyibin, jaminan perlindungan daripada Mut’im Bin Adiyy, perjanjian dengan kaum yahudi ketika pembinaan negara Islam di Madinah dan sebagainya. Ianya membuka ruang politik yang luas kepada Rasulullah S.A.W. dalam melebarkan dakwah Islam.
وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).”
(Surah At-taubah : 6)
Namun, pendekatan ini bukanlah merupakan sebuah matlamat asas yang mesti dicapai, akan tetapi sebagai satu strategi supaya Islam dapat ditegakkan. Pendekatan tahaluf siyasi ini boleh diambil daripada sepotong hadis Rasulullah S.A.W:
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
( Riwayat Abu Daud )
Hadis di atas memberi keterangan bahawa mana-mana bentuk kerjasama politik di zaman jahiliyyah seperti contoh peristiwa Hilful Fudhul yang mendorong ke arah kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Dikalangan para ulamak berpendapat bahawa tahaluf siyasi diharuskan sepertimana pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Munir Muhammad Al-Ghadban. Ini kerana perlu difahami bahawa kerjasama ini adalah kerjasama politik semata-mata demi mencapai sebuah negara yang sejahtera, bukan kerjasama aqidah. Firman Allah S.WT:
كَيْفَ يَكُونُ لِلْمُشْرِكِينَ عَهْدٌ عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ رَسُولِهِ إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۖ
فَمَا اسْتَقَامُوا لَكُمْ فَاسْتَقِيمُوا لَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
“Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.”
( Surah At-taubah : 7)
Dalam tahaluf siyasi, ianya perlu berpandukan syarat serta etika yang ditetapkan. Setiap persepakatan yang dilakukan sama ada dengan organisasi Islam ataupun bukan Islam, bukanlah menjurus ke arah permusuhan dan peperangan. Sebaliknya, persepakatan yang diharuskan oleh Islam adalah menjurus ke arah kebajikan dan kepentingan (maslahah umum). Firman Allah S.W.T:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
”Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(Surah Al-Maidah : 2)
Kerjasama ke arah kebajikan ini juga tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka sekiranya salah satu pihak mengkhianati perjanjian ini, maka akan terbatallah kerjasama ini kerana adanya pihak yang memungkiri lantas memberi kemudharatan kepada pihak lain. Tidak hairanlah, baginda Nabi S.A.W membatalkan persepakatan politik yang dilakukan bersama ketika zaman tersebut, akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan lantas memutuskan untuk memerangi mereka.
Rasulullah S.A.W Melakukan Kerjasama Politik Dengan Golongan Yahudi
Sirah Rasulullah S.A.W adalah menjadi rujukan asas kepada pembatalan tahaluf ini. Pembatalan tahaluf yang terbesar yang dilakukan oleh Rasulullah adalah terhadap kaum yahudi ketika terbinanya negara Islam di Madinah.
Ketika pembinaan negara Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W menyusun struktur politik dan masyarakat dengan baik. Penyusunan tersebut meliputi seluruh penduduk Madinah sama ada di kalangan orang Islam dan bukan Islam dengan tujuan ingin membina keharmonian di antara mereka. Baginda telah menggariskan beberapa peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi dan tidak bersifat ke zalim ke atas sesuatu pihak. Dalam menyusun peraturan-peraturan tersebut, di sana dicipta sebuah perjanjian yang dinamakan piagam Madinah yang menjadi perundangan politik umat Islam dalam mentadbir negara.
Golongan bukan Islam yang menduduki Madinah ketika itu adalah golongan yahudi yang meskipun mempunyai kerjasama terhadap Islam, namun mereka tidak lagi menunjukkan penentangan serta permusuhan. Justeru, Nabi Muhammad S.A.W memeteraikan perjanjian dengan mereka dengan memberikan kebebasan kepada mereka dalam urusan keagamaan dan perniagaan. Antara salah satu isi kandungan di dalam perjanjian tersebut ialah:
“Bahawa kaum Yahudi dari Bani ‘Auf adalah satu umat yang bersama-sama orang mu’min, bagi mereka, kebebasan menganut agama mereka dan orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang yang berada di bawah mereka dan diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya.”
Rasulullah S.A.W ketika itu tidak bersikap prejudis dengan mengambil tindakan politik untuk menghalau dan merampas harta-harta mereka, namun demi keharmonian yang ingin dicapai, maka perjanjian tersebut menjadi garis panduan kepada mereka.
Yahudi Pencetus Pengkhianatan Tahaluf Siyasi
Golongan yahudi menyimpan dendam kesumat terhadap Islam sejak dulu hingga ke hari ini. Tidak hairanlah pada zaman Rasulullah, mereka melanggar perjanjian kerjasama yang telah termeterai dek hasad dengki dan permusuhan yang dipendam kerana melihat Islam berdiri di atas. Firman Allah S.W.T:
وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Surah Al-Baqarah : 120)
Kerjasama tahaluf ini mula longgar apabila tercetusnya permusuhan yang dilakukan sendiri oleh golongan Yahudi, kabilah demi kabilah. Antara faktor permusuhan ini adalah:
1) Kemenangan tentera Islam ke atas kaum musyrikin Quraisy pada peperangan Badar Al-Kubra
2) Peristiwa tercetusnya peperangan bani Qainuqa’
3) Peperangan Bani Nadhir
Justeru, dengan tercetusnya permusuhan dan hasad dengki mereka kepada orang Islam, maka bermula pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka sehingga mencetuskan peperangan yang dahsyat seperti peperangan Bani Qainuqa’, peperangan Al-Sawiq, peperangan Bani Nadhir, peperangan Ahzab dan akhirnya peperangan Khaibar. Dalam hal ini, Allah S.W.T merakamkan kisah pengkhianatan mereka di dalam Al-Quran:
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.”
( Surah Al-Anfal : 58 )
Ianya sekaligus memberi isyarat kepada Rasulullah S.A.W untuk membuat pendirian dalam meninggalkan tahaluf yang dilakukan serta memerangi mereka demi mempertahankan kedaulatan Islam.
Perjanjian Hudaibiyah, Persepakatan Berakhir Di Pertengahan
Selepas peristiwa Baiatu Ridhwan sekitar tahun keenam hijrah, Rasulullah S.A.W melaksanakan strategi politiknya dengan bersetuju untuk membuat rundingan bersama dengan musyrikin Quraisy di Mekah yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Lalu pihak musrikin Quraisy menghantar utusannya, Suhail Bin ‘Amru untuk mengikat perjanjian rundingan yang dilakukan bersama umat Islam ketika itu. Antara isi perjanjian tersebut ialah:
1) Genjatan senjata di antara kedua-dua pihak selama 10 tahun
2) Sesiapa yang ingin mengikat perjanjian dengan Nabi Muhammad bolehlah ia melakukannya dan sesiapa yang mahu mengadakan ikatan perjanjian dengan Quraisy bolehlah ia mengadakannya.
3) Mana-mana yang bergabung dengan mana-mana pihak daripada dua pihak ini dianggap sebagai satu bahagian daripadanya.
4) Mana-mana pencerobohan yang dihadapi oleh mana-mana mereka yang ada hubungan itu, maka ianya dianggap menceroboh ke atas pihak yang berkenaan.
Walaupun isi perjanjian Hudaibiyah ini dianggap menyebelahi pihak musyrikin Quraisy, namun ianya tidak menjadi masalah bagi Rasulullah S.A.W. Walaupun strategi politik ini sukar untuk dijangkakan, namun hakikatnya umat Islam menghampiri kemenangan dengan memasuki Mekah.
Punca Pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah
Meskipun rundingan damai ini mengambil tempoh selama sepuluh tahun genjatan senjata yang dilakukan, namun ianya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Ianya berpunca daripada permusuhan dan dendam yang tersimpan di kalangan Bani Bakr yang menyebelahi kaum Musyrikin Quraisy dengan Bani Khuza’ah yang menyebelahi kaum Muslimin.
Berdasarkan perjanjian yang termeterai, pencerobohan yang dilakukan oleh mana-mana kabilah yang menyertai dua pihak ini adalah dianggap sebagai pelanggaran ke atas pihak berkenaan secara langsung. Maka, Bani Bakr telah memulakan pencerobohan ke atas Bani Khuza’ah dengan bantuan tentera Quraisy yang diketuai oleh Naufal Bin Muawiyah Ad-Daili daripada Bani Bakr. Pihak Quraisy yang telah memulakan pelanggaran perjanjian ini sepertimana firman Allah S.W.T:
أَلَا تُقَاتِلُونَ قَوْمًا نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ وَهَمُّوا بِإِخْرَاجِ الرَّسُولِ وَهُمْ بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ أَتَخْشَوْنَهُمْ ۚ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَوْهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?”
(Surah At-taubah : 13)
Maka secara automatik, perjanjian Hudaibiyah yang telah termeterai dahulu telah dilanggar dan dikhianati akibat daripada pencerobohan ini yang membawa kepada pendirian Rasulullah S.A.W ke arah peperangan yang dinamakan Fathu Makkah.
Kesimpulan
Kerjasama politik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawasanya ianya bukanlah bersifat kekal akan tetapi bersifat sementara dan berubah-ubah. Pendekatan ini bukanlah satu matlamat yang jelas untuk dicapai, akan tetapi merupakan wasilah kepada kejayaan dan kedaulatan. Berdasarkan pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap perjanjian yang dilakukan, menunjukkan sikap Rasulullah S.A.W begitu tegas dengan prinsip perjuangan yang dibawa.
Oleh sebab itu, setiap gerakan Islam perlu memahami konsep strategi dan matlamat supaya tidak tersasar daripada landasan perjuangan yang sebenar. Bahkan memahami dan perlu jelas berkenaan dengan sifat pendekatan politik itu yang berubah-ubah mengikut suasana dan zaman.
Amar Arif Bin Ahmad Po’aad
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2014
Rujukan:
1) Kitab At-Tahaluf As-siyasi fil Islam – Dr. Munir Muhammad Al-Ghadban
2) Kitab Ghazwaturrasul, Durus wa ibar wa fawaid – Dr. Ali Muhammad As-solabi
3) Kitab Ar-Rahiqul Makhtum – Syeikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri
4) Fiqhul Harakah Fi Siratinnabawiyyah – Syeikh Abdul Hadi Awang
Hukum Berpuasa Setelah Nisfu Sya'ban (Setelah Tanggal 15 Sya'ban)
Persoalan :
Apakah benar puasa setelah nisfu sya’ban
(setelah tanggal 15) adalah haram?
Jawapan :
Menurut madzhab Imam Syafie yang dikukuhkan
adalah haram (makruh karohatattahrim). Dan menurut jumhur ulamak dari Madzab
Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Imam Malik hukumnya tidak haram.
Dan haram hukumnya puasa setelah nisfu sya’ban
menurut madzhab Imam Syafie. Akan menjadi tidak haram dengan 3 perkara :
1. Kerana kebiasaan puasa, seperti orang yang
biasa puasa Isnin dan Khamis, maka ia pun boleh melanjutkan puasa Isnin dan
Khamis meskipun sudah melewati nisfu sya’ban.
2. Untuk mengganti(qadha) puasa, misalnya
seseorang punya hutang puasa belum sempat mengganti sehingga nisfu sya’ban,
maka pada ketika itu berpuasa setelah nisfu sya’ban untuk qadha hukumnya tidak
haram.
3. Dengan disambung dengan hari sebelum nisfu
syaban, misalnya dia berpuasa tanggal 16 sya'ban kemudian disambung dengan hari
sebelumnya yaitu tanggal 15 sya'ban. Maka puasa di tanggal 16 tidak lagi
menjadi harom.
Pendapat ulama Syafi’iyah yang mengatakan
haram dan akan menjadi tidak haram dengan 3 hal tersebut di atas karena
mengamalkan semua riwayat yang bersangkutan dengan hal tersebut.
Seperti Hadith yang diriwayatkan oleh :
a. Imam Tirmidzi, Imam Abu Daud dan Imam Ibnu
Majah :
" إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُومُوا"
"Apabila sudah pertengahan Sya'ban, maka
janganlah kalian berpuasa." (H.R. Al-Tirmidzi)
b. Imam Bukhori dan Imam Muslim yang artinya :
" لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ
يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ "
“Janganlah kalian berpuasa satu atau dua hari
sebelum Ramadhan, kecuali seseorang yang punya kebiasaan puasa sunah, maka
bolehlah ia berpuasa.” (HR. Bukhari dan
Muslim).
c. Hadits riwayat Imam Muslim :
" كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ
إِلاَّ قَلِيلاً
"
“Nabi S.A.W biasa berpuasa pada bulan Sya’ban
seluruhnya dan hanya sedikit saja hari-hari berbuka beliau di bulan sya’ban” (HR. Imam Muslim).
Dari hadith-hadith di atas, hadith pertama
Rosulullah melarang puasa setelah nisfu Sya'ban dan hadis kedua Rosulullah
melarang puasa setelah nisfu Sya'ban kecuali orang yang punya kebiasaan puasa
sebelumnya. Dan hadits yang ketiga menunjukkan bahwa Rosulullah puasa ke banyak
hari-hari di bulan sya'ban .
Kesimpulannya :
Berpuasalah sebanyak-banyaknya di bulan
Sya'ban dari awal sya'ban hingga akhir. Dan jangan berpuasa setelah tanggal 15
Sya'ban kecuali engkau sambung dengan hari sebelumya, atau untuk mengganti
puasa atau kerana kebiasaan berpuasa di hari-hari sebelumnya.
Wallahu a’lam
Sumber: Buya Yahya Hafizahullah
Hukum & Batasan Melihat Pasangan Yang Ingin Dinikahi
Harus berdasarkan syariat Islam bagi pasangan
yang ingin bernikah melihat di antara satu sama lain sebelum menyempurnakan
akad di antara pasangan tersebut. Harus bagi lelaki melihat bakal isterinya dan
harus perempuan melihat bakal suaminya. Bahkan harus kepada mereka melihat
berkali-kali sehingga yakin siapa bakal suami atau isterinya supaya kedua-dua
memiliki keserasian untuk berpasangan. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Lihatlah kepadanya(wanita) kerana ia lebih
baik untuk berkekalan kasih sayang di antara kamu berdua” (Riwayat Al-Baihaqi)
Batasan dan Hikmah Keharusan Melihat Pasangan
yang Ingin Dinikahi
Terdapat perbezaan pendapat dikalangan para
ulamak mengenai batasan melihat pasangan yang ingin dinikahi. Antaranya:
1)
Jumhur fuqaha’ bersepakat harus bagi lelaki untuk
melihat bakal isterinya pada wajah dan kedua tapak tangan. Hikmahnya adalah:
i)
Wajah: Faktor utama kepada kecantikan seseorang
ii)
Tapak tangan: Menunjukkan kepada kecantikan keseluruhan
tubuh badannya dan kelansingannya sepertimana firman Allah S.W.T:
“...dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir padanya....” (Surah An-Nur : 31)
2)
Sesetengah dikalangan ulamak mazhab Hanafi
berpendapat bahawasanya harus melihat kedua tapak kakinya supaya lebih
mengenalinya.
3)
Dikalangan ulamak mazhab Imam Ahmad
berpendapat harus bagi lelaki melihat tubuh yang sering dilihat secara zahir
iaitu wajah, leher dan bahu.
4)
Pendapat Daud Az-Zohiri mengatakan harus
melihat kepada seluruh bentuk tubuh badannya kecuali kemaluannya.
5)
Pendapat Auza’i mengatakan harus keseluruh
tempat-tempat yang berdaging.
Rujukan: Kitab Al-Ahwal Syakhsiah Fi Syariatil
Islamiyyah karangan Dr. Muhammad Abdu Sattar Al-Jibali, Pensyarah dan Ketua
Jabatan Fiqh dan Kulliyyah, Universiti Al-Azhar, Mesir.
Memahami Asas Manhaj Al-Haraki Rasulullah SAW
Definisi manhaj al-haraki ialah
langkah-langkah atau strategi yang jelas dan terang yang mana telah dipelopori
oleh baginda Nabi Muhammad SAW sejak diutuskan sehinggalah baginda wafat.
Kita dikehendaki menyusuri peringkat
gerakan ini selangkah demi selangkah supaya urusan kerja menjadi jelas. Kita
mengikuti perjalanan dalam gerakan Islam, maka perlulah kita meneladani
langkah-langkah yang telah digerakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan firman
Allah SWT:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن
كان يرجوا الله واليوم اﻵخر
"Demi
sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik
dari akhirat..."
(Surah Al-Ahzab: 21)
Tidak dinafikan bahawa mengikuti
langkah-langkah dan peringkat-peringkat ini sebelum yang lainnya merupakan satu
arahan. Sekiranya kita mengikuti langkahnya ini dan dengan petunjuknya, maka
kita akan sampai kepada 'mardhatillah' (keredhaan Allah).
Dari sudut lain, ia merupakan satu pintu
jalan kepada gerakan Islam dalam merencanakan politiknya untuk sampai kepada
matlamat menegakkan hukum Allah di muka bumi. Kita percaya bahawa manhaj haraki
ini merupakan manhaj ilahi (ketuhanan) yang Allah SWT teguhkan NabiNya dalam
melaksanakan kesemua langkah-langkah ini dan ianya bukan lahir dari tindak
balas dari keadaan semasa yang dihadapi.
Apabila kita menyebut berkenaan
peringkat-peringkat yang perlu diteladani oleh seorang penggerak Islam, maka
cukuplah peringkat ini dihadkan dengan beberapa gambaran tanpa perlu
digambarkan secara terperinci tentang segala peristiwa dan perjalanan yang
telah diselusuri oleh bagina Nabi SAW melalui sirahnya.
Peringkat-peringkat yang perlu
digambarkan di dakam manhaj ini bolehlah dihadkan kepada peringkat iaitu:
1) Dakwah dan strategi secara rahsia
2) Dakwah secara terbuka dan strategi
secara rahsia
3) Menegakkan negara
4) Negara dan penetapan ketuanya
5) Menyebarkan dakwah di muka bumi
Apabila kita menghadkan setiap peringkat
ini dengan permulaannya dan pengakhirannya, maka kita akan dapat mengetahui
asasnya seperti berikut:
1) Dakwah secara rahsia: Bermula dari
turunnya wahyu sehingga sampai kepada firman Allah Taala:
وأنذر عشيرتك اﻷقربين
"Dan
berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat."
(Surah As-Syuara':214)
2) Dakwah secara terbuka dan strategi
secara rahsia: Tamat pada tahun ke-10 Kerasulan.
3) Menegakkan negara: Tamat pada
permulaan tahun pertama hijrah
4) Mengasaskan negara: Tamat dengan
termeterainya perjanjian Hudaibiyyah.
5) Menyebar dakwah ke seluruh muka bumi:
Terhenti dengan wafatnya Rasulullah SAW. Untuk lebih jelas, setelah tamatnya
setiap peringkat, maka bermulalah peringkat yang berikutnya iaitu kembali
kepada peringkat yang pertama.
Menyedari Hakikat Diri Dalam Dakwah
Bagi merealisasikan cita-cita Islam dan
melaksanakan tugas-tugas Islam, seseorang itu perlu bermuhasabah ke atas
dirinya sendiri dan menyedari sejauh mana kedudukannya dalam Islam. Dia juga
harus mendakwah orang lain seperti dia mendakwah dirinya sendiri, terutama dari
segi iltizamnya kepada Islam supaya menginsafi firman Allah Taala:
"أتأمرون الناس بالبر
وتنسون أنفسهم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون"
"Mengapa
kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupai diri kamu
sendiri, padahal kamu membaca kitab, apakah kamu tidak berfikir?"
(Surah Al-Baqarah : 44)
Dan janganlah pula amal yang dikerjakan
itu menjadi sia-sia seperti firman Allah SWT:
الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم
يحسبون أنهم يحسنون صنعا
"Orang-orang
yang telah sia-sia perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka
menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya."
(Surah Al-Kahfi:104)
Mereka yang benar-benar rugi ialah
apabila mereka yang mengalami kerugian di akhirat walaupun menerima keuntungan
yang besar semasa di dunia. Keuntungan yang sebenarnya menurut pertimbangan di
akhirat hanyalah untuk orang-orang yang baik mengerjakan amal soleh yang
bermula daripada dirinya sebelum didakwahkan kepada orang lain supaya turut
melakukannya.
Jika diteladani kembali sirah Rasulullah
SAW,semasa hayat Baginda ketika di usia kanak-kanak, Baginda mendidik jiwanya
dengan mengembala kambing. Sepertimana sabdanya:
ما من نبي إلا وقد رعى الغنم
"Tidaklah
dikalangan Nabi kecuali mengembala kambing."
Kambing merupakan haiwan yang degil dan
sukar untuk dikawal. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mendidik jiwanya dengan
melatih kesabarannya sebelum memulakan dakwahnya kepada masyarakat yang
mempunyai ragam yang lebih teruk daripada kambing.
Marilah kita mendidik jiwa kita dengan
tarbiah Islamiah yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW. Di dalam kita
bermujahadah melakukan gerak kerja perjuangan dan dakwah Islam, maka sedarlah
akan hakikat diri kita bahawa kita memerlukan kekuatan ruhiyyah supaya ianya
selari dengan keutuhan perjuangan yang kita hadapi sekarang.
Kepentingan Ilmu Dan Dakwah
Ilmu merupakan jambatan kepada sesorang
itu untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah swt. Tidak dapat tidak, wajib bagi
seseorang itu untuk mempelajari ilmu supaya dapat menjadi bekalan kepada
seseorang untuk mendapatkan redha Allah swt.
Sabda Nabi saw:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ
مُسْلِم
“Menuntut
ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim.”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Segenap aspek kehidupan ini memerlukan
asas ilmu yang kukuh supaya dijadikan panduan untuk melaksanakan sesuatu aspek
tersebut dengan betul. Seperti contoh aspek politik yang memerlukan ilmu
kepakaran dan sistematik seseorang dalam memerintah negara.
Sepertimana kata-kata Imam Syafie
Rahimahullah:
ﺗﻔﻘﻬﻮﺍ ﻗﺒﻞ ﺃن تﺴﻮﺩﻭا
"Tuntutlah
ilmu sebelum kamu memimpin."
Oleh itu kepntingan ilmu itu perlu
lebih-lebih lagi ilmu pensyariatan Allah Taala supaya manusia ini berjaya di
dunia dan akhirat.
Dalam kegigihan seseorang dalam menuntut
ilmu, perlu juga memahami kewajipan kita dalam meneruskan dakwah yang
diperjuangkan baginda Nabi SAW.
Firman Allah swt:
ﻭَﻟْﺘَﻜُﻦْ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﺃُﻣَّﺔٌ ﻳَﺪْﻋُﻮﻥَ
ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﻭَﻳَﺄْﻣُﺮُﻭﻥَ بِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﻳَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ اﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ﻭَﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ
ﻫُﻢُ ﺍﻟْﻤُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ
"Hendaklah
di antara kamu yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka
merekalah orang-orang yang berjaya."
(Surah Ali-Imran : 104)
Perkataan ولتكن
yang disandarkan dengan lam amar menunjukkan perintah wajib kepada umat Islam
untuk berdakwah.
Firman Allah S.W.T:
Di dalam surah Al-Asr, Allah Taala
meletakkan 4 bahagian yang perlu dijadikann panduan kepada manusia di dalam
kehidupan.
1) Beriman kepada Allah
2) Beramal dengan amalan soleh
3) Berpesan kepada kebenaran
4) Berpesan kepada kesabaran
Surah inilah yang disifatkan oleh Nabi
Saw sebagai satu pertiga Al-Quran yang merangkumi kewajipan manusia dalam
meneruskan dakwah.
Berkata Imam Syafie lagi:
“Sekiranya manusia
seringkali mengingati surah Al-Asr, maka sudah cukup bagi mereka. Oleh itu,
tidak cukup bagi mereka untuk mngenal erti kebenaran dan kesabaran itu selagi
mana mereka tidak berpesan dan memberi panduan di antara satu sama lain.”
Dalam rukun dakwah memerlu manhaj yang
perlu diikut oleh setiap daie supaya dijadikan panduan yang tetap bagi mereka.
Manhaj inilah yang memerlukan ilmu daripada dua sumber yang tepat daripada
Alquran dan sunnah, dan panduan daripada pandangan alim ulamak.
Ilmu dan dakwah saling berkait rapat dan
memerlukan diantara satu sama lain. Sekiranya tiada ilmu dalam dakwah, maka
pincanglah dakwah tersebut. Begitulah sebaliknya sekiranya dengan ilmu kemudian
tiada kesedaran manusia dalam berdakwah.
Hayati kata-kata Imam Ibnu Ramli:
فعالم بعلمه لم
يعملن # معذب من قبل عباد الوثن
وكل من بغير علم
يعمل # اعماله مردودة لا تقبل
Org alim yang tidak beramal dgn ilmunya #
maka akan diazab sebelum penyembah
berhala,
Maka barangsiapa yg beramal tanpa ilmu #
amalannya akan tertolak dan tidak
diterima.
Dakwah merupakan amal yang menghubungkan
kita dengan Allah Taala. Ianya adalah salah satu amalan yang mampu meningkatkan
taqwa dan takut kita kepada Allah. Seorang daie yang berilmu mampu untuk sampai
kepada tahap ketaqwaan yang tinggi. Kerana mereka faham akan kewajipan mereka
yang sebenar adalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Ilmu bukan sesuatu benda yang dikumpul
sehingga banyak, akan tetapi ilmulah yang menjadi titik nilai supaya kita
bertambah takutnya kepada Allah.
Berkata Ibnu Mas'ud:
لبس العلم بكثرة الرواية، انما العلم
الخشية
“Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat,
sesungguhnya ilmu itu adalah takut (kepada Allah).”
Justeru, kepentingan dan kombinasi
diantara kewajipan menuntut ilmu dan berdakwah perlu disematkan dalam diri kita
selaku mahasiswa Islam. Lebih-lebih lagi Azhari yang mempelajari manhaj Islam
yang wasatiyyah yang mana tidak ekstrem إفراط
dan tidak mengambil remeh akan sesuatu تفريط.
Jadilah mahsiswa yang berguna kepada
masyarakat nanti. Jadikan imtihan ini sebagai pencetus kepada diri kita untuk
menjadi daie yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah swt. Moga kejayaan milik
kita di dunia dan akhirat.
Posted by alifmimra